15.5.09

Movie of the month - The Uninvited


Bulan ini, citer yang menjadi pilihan saya ialah THE UNINVITED yang saya tengok secara paksa di pawagam berdekatan. Actually, bulan ni saya tengok banyak movie baru antaranya Fast and Furios, Mall Cop, Be Kind Rewind, dan macam-macam lagi. Tapi saya pilih THE UNINVITED sebab citer ini adalah paling the best dalam semua cerita yang telah ditengokkan oleh saya.

ALKISAHNYA....
  1. Anna menjadi trauma atas kematian ibunya yang sedang sakit dan terbunuh dalam kejadian kebakaran yang berlaku kat rumah. Dia trauma sampai dimasukkan di hospital mental u olls.
  2. Akhirnya, bila tengok progress dia dah makin ok. Dia pun dibenarkan keluar dari hospital dengan gembiranya.

  3. Apabila pulang ke rumah, dia terkejut bahawa bapanya akan berkahwin dengan nurse yang menjaga mendiang mak dia dulu. Terkejut beruk siot. Bapak dia duk ada affair la dengan nurse tu selama ni. Timbullah pelbagai syak wasangka yang tidak dapat diellakan.

  4. Kakaknya Alex pula meluahkan rasa sedih dan marah pada Anna kerana meninggalkan dia seorang diri di rumah mereka dan terpaksa melihat sandiwara bapak dan mak tiri depa. Lantas, dia dan kakaknya mengambil keputusan untuk membuat keputusan untuk mensiasat siapa sebenarnya ibu tiri mereka itu.

  5. Alangkah terkejutnya mereka apabila mereka tahu bahawa nama sebenar makcik mereka itu ialah Mildred Kemp, yang dikehendaki pihak polis kerana disyaki membunuh sebuah keluarga bahagia tidak lama dulu.

  6. Akhirnya pada malam yang sungguh tidak dapat diduga, dia dan kakaknya merancang untuk berdepan dengan mak tiri mereka itu. Tapi mak tiri mereka lebih terror kerana telah mencucuk mereka dengan ubat tidok!! huhuuhuh...seram u olls...

  7. Sekali, bila dia bangun...kakak dia telah bunuh mak tiri dia tu dengan kejam. Dan dibuang di dalam tong sampah.

  8. Pada ketika itu....bapak mereka pun balik dari kerja dan bertanya :


    Dialog ini telah diubah ke bahasa Penang.

    "Anna, hang buat apa ni?" tanya bapak dia. Anna terus memeluk kakaknya yang kaget dan berlumuran darah.

    "Kak, hang bagaitau kat pak lani....hang tak salah...hang terpaksa bunuh perempuan celaka tu...dia nak bunuh kita dulu.."kata Anna sambil menggoyang-goyangkan tubuh kakak nya yang kaku untuk berdepan dengan bapak mereka. Apalah yang mampu dia katakan lagi, dia telah membunuh mak tiri mereka sendiri.

    "Kak...hang jangan takut," kata Anna lagi kepada kakaknya.


    "Pungkok hang...Anna. Hang duk merepek apa nak oi....Kak hang dah mampoih lama dah. Hang duk cakap dengan sapa tu....mana ada sapaa kat tepi hang..!!!!" jerit bapak Anna.

    JENG JENG JENG...

    Apabila Anna tengok ke dalam cermin...rupa-rupanya dia ternampak...dia berdiri seorang diri. Dan memegang pisau dan bajunya berlumuran darah.

CERITA DI SEBALIK CERITA
  1. Anna ni sebenarnya sakit jiwa. Seperti dianogsis Dr. Affandy dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, dia ini mempunyai tahap halusinasi yang tinggi oleh kerana keadaan psikologi yang tak normal.
  2. Sebenarnya, kakak dia dah mati sama sama dengan mak dia masa kebakaran kat rumah depa dulu.
  3. Mildred Kemp yang dia tuduh adalah identiti sebenar mak tiri dia, adalah seorang rakan dia sendiri masa berada di hospital gila dulu.

Kenapa citer ni best?
Sebab aku ingatkan citer ni citer hantu. Aku pun menjerit macam orang gila dalam panggung tu. Tapi rupanya, cerita ini adalah citer tentang psikologi tak normal yang melanda seorang budak bernama Anna. From the begining, hang tak buleh nak sangka langsung bahawa Anna ni la punca segala kejahatan yang berlaku. Di akhir cerita, baru hang sedak...hang kena tipu sebenarnya!!

HANJS betui...ni la Charles and Tom Guard. Adik beradik yang buat citer ni. Hanjengs betui...korang tipu aku!!

3 comments:

  1. weh..tp jalan citer dia mcm ade 1 filem jepun aku penah tgk dulu kat pawagam. aku lupe ape tajuk dia. camnieh gaks kisah dia. dia upenye yang sakit mental...

    tp mmg tertipu kan.wakaka

    ReplyDelete
  2. yepp bagus memang ceritanya.
    unxpected. =D

    ReplyDelete
  3. yess...yang citer japan/korea tu ialah The Tale of Two Sisters...yes...memang amik citer tu....adaptasi...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com