TOP LIST of all the best things and worst things that happens to Jumie Samsudin throughout 2008!
Listing exclusive ini benar-benar menguji kesabaran aku untuk menulisnya. Bukan senang nak citer semua ni in details dan complete dengan gambar dan sebagainya. But i will give my best effort untuk catatan jiwa aku sebagai panduan dan renungan di masa yang mendatang. Semoga segala kejadian ini akan memberi peluang kepada aku untuk menjadi yang lebih baik. Insya Allah.
** All the top 4 worst things in my life will be bolded in red colour. Exclusive!!
** All the top 4 worst things in my life will be bolded in red colour. Exclusive!!
- Memenangi USM Idol on 8 January 2008 di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia. Gelaran juara ini memberi aku lebih banyak peluang untuk mendapat jemputan-jemputan nyanyian dan mengikat contract dengan banyak pihak. Namun, pengalaman kerjaya ini hanya untuk sementara apabila aku menyedari aku tidak ada JIWA pada kerjaya ini. Like what i answered to my dear friend Ibrahim, "Rezeki Jumie di tempat lain,". Cewah, cakap jer la ko dah tak laku! Orang dah tak mau jemput hang nyanyi. Perlu.....
- Masuk TV lagi GANGSTARZ! Kali ini apabila aku dan dua sahabat Andy and Nawal mencuba nasib sebagai sebuah vocal group yang diberi nama ARIA. Pengalaman ini memang best. Selain masuk TV. Aku dapat merapatkan hubungan aku dengan Andy dan Nawal dua chicks yang mempunyai sikap paling positive! Walaupun kami tak dapat masuk Gangstarz tapi aku dapat experience banyak benda lain sepanjang 3 hari kat KL.
Anyway, to AZMER mata POTE tu. Aku tau lani hang belajar kat USM. Kalau aku jumpa hang, teruks la. Adakah patut beliau kata kami bertiga tidak muat nak masuk TV. Dah la mata pote sebab accident. Orang kata dia accident dulu sebab scandal dengan Ramlah Ram. Tolongla!!
- First Time Mengundi sempena Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008. Memang inilah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Masa pilihanraya umum ini buat pertama kalinya BN menerima kekalahan yang amat besar hingga banyak negeri jatuh ke tangan pihak pembangkang. Penang pun jatuh ke tangan DAP. Aku tak mahu mencemarkan blog aku ini dengan kenyataan berbaur politik. Namun, aku ingin berkongsi ucapan akhir aku ketika mesyuarat Puteri Umno Bahagian Jelutong sejurus mendapat perkhabaran kemenangan DAP ke atas BN.
"Saya cabar ahli puteri dalam bilik ini untuk angkat tangan sekiranya telah mendaftar sebagai pengundi dan telah mengundi!! Jangan tipu. Jangan angkat tangan tu. Buat apa nak luah kesedihan hari ni, kalau ampa sendiri tak mengundi dan biarkan orang lain tentukan hidup ampa. Aparahhhh...."
- Attending INDIAN Wedding yang penuh warna warni.
Pengalaman pakai saree dan menyaksikan ritual perkahwinan orang India yang beragama Hindu. Susah gila diorang nak kawen. Penuh adat dan tradisi. Penuh warna-warni dan simbolik. Aku bangga menjadi rakyat Malaysia kerana berpeluang untuk tengok ini semua.
- Experience buat shooting untuk profesional modeling portfolio bersama Deballz.com. Baru aku tau apa rasanya berada di depan cameraman. Bukan senang rupanya. Kita ingat profesional model macam Noami Campbell, Tyra Banks semua tu senang-senang jer buleh jadi terror macam tu. Kalau berlakon hang berlakon untuk tunjukkan bakat hang, kalau penyanyi hang gunakan suara, tapi seorang model ekpreskan bakatnya dengan hanya sekeping gambar statik! Its like pertandingan antara hang and cameraman. Hang buat posing, dia carik angel. Tengok sapa yang terror. Well...in the end of the day. Aku macam bangga jugak dengan portfolio aku. To view the online portfolio by Deballz.com, please click here.
- Malam SK Nite yang pertama dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan yang melibatkan staff pentadbiran, staff akademik dan para pelajar under and postgraduates. Tema malam itu Orange Night!
Aku dan Rusdi al Gojo telah diamanahkan untuk menjadi pengacara majlis. Memang gempaks sangat! Best la..tak tau la tahun depan student Sk buleh buat macam ni lagi tak.
- First Suprise Birthday Party. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku disuprisekan sempena hari lahir aku. Pertama aku dicolik dengan kereta aku. Mata aku ditutup. Tangan aku diikat. Dan aku dibawa ke tempat yang aku pun tak tau kat mana. Lepas tu...bila bukak mata semua kawna-kawan aku ada kat situ. Best sangat...Thanks to all kawan-kawan aku ni yang jua merupakan students SK. Especially Nok, Rusdi, Fazli, Irene, Azrin, Zafwan, Dowie dan semua la.....Oh yeah...ARDIAN!!
- Konflik tempahan mekap terbesar. Konflik ini melibatkan rasa tidak puas hati yang amat besar dalam hidup aku sebagai make up artist. Malah tidak salah kalau aku katakan yang perkara ini yang menjadi titik permulaan usaha dan semangat aku untuk serious dalam bidang ini.
Kisah konflik ini berlaku apabila aku terasa disisih dan diketepikan oleh keluarga sendiri yang mengutamakan seorang ahli keluarga baru. ChePuteh** bukan nama sebenar merupakan marka anak buah aku. Dia perempuan la. Dia dah banyak menjadi make up artist bagi acara-acara besar dalam keluarga aku seperti nikah dan sebagainya. Bakat beliau menonjol kerana pujian yang melampau walaupun dari hasil kerja yang sederhana. Beliau juga telah menipu semua customer beliau bahawa beliau menggunakan barangan M.A.C padahal barang M.A.C beliau adalah yang tipu dan ciplak. Just imagine kat mana beliau nak cekau duit nak beli barang M.A.C original sedangkan beliau bukanlah full time profesional make up artist pun yang dapat tempahan ribu-ribu dari satu Malaysia.
Konflik bermula apabila beliau telah menolak tawaran untuk make up kakak aku dan rakan-rakan sempena sebuah event. Lantas kakak aku meminta pertolongan aku untuk memekap beliau dan rakan-rakan. Aku menerima tawaran itu dengan perjanjian untuk amik RM30 sahaja untuk satu muka. [Punya murah nak mampoih tak balik modal langsung].
Sehari sebelum hari make up itu, kakak aku menefon dan mengatakan si ChePuteh celaka itu telah bertukar keputusan dan sudi untuk make up kakak aku pula. So kakak aku menelefon aku dan memberitahu, kalau aku mahu, aku boleh share make up dengan beliau.
Atas rasa harga diri dan tak mahu dipermainkan, aku menolak cadangan itu. Yang mengejutkan aku, kakak aku terus menyentap aku sebagai mementingkan diri sendiri dan bersikap tidak profesional. Persoalannya, siapa yang tidak profesional? Suka-suka hati setuju nak make up atau tidak? Aku teruskan pendirian aku walau apa juga yang kakak aku katakan.
Sekarang, setelah hampir 7 bulan selepas kejadian itu. Aku mampu tersenyum dengan kejayaan aku yang tidak seberapa ini. Dunia ini umpama roda. Bukan niat nak bertanding siapa hebat siapa tidak. Tetapi ini soal etika.
Aku ucapkan selamat maju jaya untuk ChePuteh yang sungguh hebat ini. Sampai hari ini, ChePuteh menjalankan perniagaan make up secara freelance di sekitar Pulau Pinang. Tapi malangnya dia tidak ada blog macam saya. Tapi saya boleh bagi contoh gambar customer yang sama. Yang nikah saya make up. Yang sanding ChePuteh make up kan.
- Mulakan career make up on 080808!! 8 Ogos 2008.Pada tarikh yang cun ini iaitu 8 Ogos 2008, aku telah memulakan career aku sebagai free lance make up artist secara serious apabila me-make up customer pertama aku bernama Mujadillah Abu Bakar. Seorang rakan staff dari USM juga. Dengan memekap wajah tuah ni, aku telah mendapat banyak pujian dan menerima banyak tempahan. Thanks Dilla.
Dilla
Tidak terlanjur kalau aku katakan, Dilla adalah ICON PENGANTIN yang paling popular dalam kalangan customer aku. Kalau nak make up jer, mesti akan kata "Nak make up macam Dilla!" hihiih
- Dapat anak buah baru pada 6 Ogos 2008. Muhammad Afiq Daniel bin Muhammad Budi menambahkan lagi kebahagiaan, keriangan dan kesyukuran dalam keluarga kami.
Dia kini sangatlah montel dan semakin montel setiap hari.
- Blog jumiejumie.blogspot di lahirkan! Sehingga kini blog jumiejumie.blogspot.com telah berjaya mencatat visitors ke 13 000. Ketika melayari Feedjit.com pada ketika aku menulis article ini juga, blog aku tercatat antara blog paling popular dari Pulau Pinang!! Cayalah!
- Blog Personal Make Up by Jumie Samsudin dibina tak lama selepas wujudnya jumiejumie.blogspot.com. Tujuan blog ini dibina adalah untuk memberi acces terus kepada perkhidmatan solekan yang aku tawarkan. Dari segi archive album customer, senarai sebut harga dan contact details. Alhamdulillah, laman blog ini banyak membantu aku mempromosi service make up kepada rakyat jelata. Thanks to Munie Make Up! She is the one yang bagi aku inspirasi untuk buat blog ni.
- Beli beg make up sendiri! Tak la sehebat mana beg make up ini. Tapi dengan beg mekap ini, aku boleh melangkah megah menuju ke rumah customer untuk menjalankan tugas. Harga RM210.
- Membeli set bilik tidur yang lengkap. Ewah-ewah...macam nak kawen pula. Tapi ada cerita disebalik pelaksanaannya. Sila click sini.
- Rumah masuk pencuri. Sedih sangat sebab kehilangan barangan kemas emas berharga lebih kurang RM3000 dan juga sebuah camera canon A450 kesayangan ku. Tapi sekarang dah beli camera Canon baru A470.
- Kena kencing bertabur. Kisah ini adalah lebih hebat daripada kisah Norman Hakim yang duk tipu sana-sani dalam TV. Seorang yang aku terima sebagai seorang sahabat telah memanipulasikan keadaan dengan meletakkan aku sebagai mangsa pada ketika dia telah kantoi melalui Facebook.com.
Kisahnya beliau telah terkantoi dengan aku apabila aku telah mendapati gambar terbaru beliau bersama bekas tunang dalam sistem tagging FACEBOOK.COM. Sedangkan dia kata kat aku weekend itu, dia bersama maknya di Taiping.
Aku yang rasa tertipu dan geram dengan penipuan ini, terus tag gambar bekas tunang beliau itu kepada Facebook BF beliau sendiri. Memang aku carik pasal la. HAHAHAHA....
Keeesokkannya, aku telah menerima SMS dan call dari bekas tunang, boifreng malah ibu beliau agar aku menarik balik tuduhan aku yang mengatakan dia pergi tidur di hotel bersama bekas tunang, bla bla bla bl bla bla bla.
Boifreng beliau percaya bahawa gambar itu adalah gambar lama. So stupid!!
Bekas tunang beliau pula SMS dan warning saya supaya 'cermin la diri sendiri dulu sebelum kata kat orang".
Mak beliau pula membebel dalam telefon selama 20 minit "Jangan la duk tuduh anak makcik tidok hotel dengan lelaki...dia duk ada dengan makcik minggu lepaih. Kami ada meeting UMNO."
Pada dasarnya, aku jugak la tak pasai-pasai kena serang dan kena tuduh macam-macam. Kunon perempuan ni la yang baik sangat dunia akhirat. Dia manipulasi everything dan membuatkan dia adalah mangsa fitnah. Padahal dia telah kencing berterabur.
Sedangkan kami semua pernah menyayanyi beliau dan menerima beliau dengan penuh kasih sayang. Sehingga kini, barang busuk tak dapat disimpan. Aku tak tau apa jadi kat dia. Kami semua pun tak mahu tahu menahu tentang beliau lagi. Kami semau sudah serik kalau-kalau kami ditipu lagi.
Apa salahnya kalau dia mengaku sahaja....tak perlu dia nak hidup dalam double life itu. Double ke? Triple? huhuh...hanya dia yang tahu jawapannya.
Baru-baru ini dia ada SMS aku. Malaslah............tolong la p kencing kat tempat lain k.
- Sah jawatan sebagai Pembantu Tadbir Kesetiausahaan di USM. Alhamdulillah. Lepas ni, boleh buat loan rumah.
- Jumpa dengan mama mertua! Semua pun dah tahu cerita ni. Best kan?
Sekian, terima kasih. Harapan agar tahun mendatang menjadikan aku diri aku yang lebih baik.
wawww!!! yang kaler2 merah tu memang hot an kontroversi lah..kalah la melodi...wakaka!! neway, banyak gak la pengalaman ang yek...sume aku rase dekat2 akhir tahun...
ReplyDeletewow!! tabik la kat kak jumie... sy suka baca tulisan kak jumie sbb mmg apa yg kak jumie tulis tu mmg truly dr hati sndiri xda nk cover2 dh..so spe2 nk trasa tu nsb la kn? xhipokrit..tu yg best...lantak la org len nk ckp pape pn kn??
ReplyDeleteche puteh mekap pucat.. tak cantik lah..
ReplyDeletesemoga kamu akan mencapai lebih banyak kejayaan lagi tahun ini...
ReplyDeletemcm slalu,i akn gelak terkulat2 sorang bila baca blog u.u mmg mmg best la! :D
ReplyDeleteaku sayang hang jumie.. hang tak hiprokrit.. better to be hated for what u r, than to be loved for what u r not...
ReplyDeletejumie.. semoga hang berjaya tahun ini dan jgn lupa ajak akak mu yang gojes ini ke majlis perkahwinan mu nanti...
tentu la y jumie make up lg shantek!!! aku mcm nk tempah ang gak ah nnt tgh taun!! (ehem2) =)
ReplyDelete