16.1.09

Simptom Mami Jarum

Hari ini aku nak bagi semangat kat semua kawan-kawan di luar sana untuk menjadi manusia yang lebih berjimat cermat dan tidak mudah berbelanja dengan membabi buta. Bak kata bapak aku yang kedekut, simpan duit sebulan dalam bank walaupun RM30 sebulan. Semoga selepas membaca artikel ini, anda semua akan terpikir ke mana wang anda pergi selama ini? Adakah semua simpanan anda habis kerana asyik tukar henset mahupun beg tangan berjenama?

Sebaik-baik menshopping, lebih baik kita beli emas. Ya...lip lap anak mami.

Hasil simpanan yang sekangkang kera ini, akhirnya aku berjaya membeli koleksi emas tulen yang pertama dengan sendirinya. Dulu set barang emas aku semua, bapak aku dan mak aku belikan. Tu yang aku tak simpan pada tempat yang berharga hingga memudahkan kalung itu dicuri oleh pencuri lahabau!!

Proses pemilihan calon emas di kedai POH KONG Tesco!! Tauke ini bernama Ang. Beliau telah memberi diskaun yang cukup bagus sehingga aku tidak senang duduk.


Memang best rasanya tidak terhingga, sampai rasa macam BF aku msg pun aku tak hirau nak balas. Sebab duk gumbira dengan barang emas yang aku baru beli. Ampa pun tau la. Aku ni suka jugak bershopping. Tapi tengok bajet aku la. Tapi dengan membeli barang emas ni...lain macam la puas dia.

Bak kata Boss aku, its a good investment. Harga emas sentiasa naik. So bila kita susah. Boleh tolong kita.
Amaran!! : Tolong abaikan kesan jirawat yang terdapat pada wajah aku yang tidak bermekap!!

Oleh yang demikian, marilah beramai-ramai. Kita menyimpan duit dan membeli barang emas. Jangan hanya tunggu kita dipinang atau ditunang untuk mendapat barang emas percuma. Tak salah kalau kita membelinya sendiri dengan hasil titik peluh kita.

Sekian, lip lap anak Bawean.


ps/ Orang Bawean Penang pun suka main lawan rantai sapa paling labuh!!

4 comments:

  1. jumie.. aku pun suka beli barang kemas.. tp aku tak pakai.. simpanan utk mase depan.. bak kata orang..
    klu beli emas ni mhl2 pun takper.. sesak2 leh gadai.. hahaha

    ReplyDelete
  2. err brg kemas takde mampu lagik.Tp bershoping e2 mmg mampu sampai hampir muflis.Ahah~

    ReplyDelete
  3. weh..rantai ko cantek..aku cuma bley pandang jela..aku alergik pakai emas..sedih betol...

    ReplyDelete
  4. emas..

    suka pakai, suka tengok tapi tak mampu nak beli...

    kalau beli pun yang haluih cepotet tu je.. tu pun rasa sesak napas nak bayaq.

    * aku tak suka beli emas untuk gadai.. utk trade in takpe...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com