So pada cuti kali ini, walaupun sebok memekap customer. Aku masih berkesempatan untuk mengentertain kawan-kawan aku dari KL. Fieza Albuqek and Jojo Wirdono.
Gang ChikenaTeTua
Jumie ::Mizi::Fieza
Jumie ::Mizi::Fieza
Its also a reunion untuk aku dan Amed Mizio dengan Fieza Albuqek yang dah lama tak berjumpa. Mau nak dalam 2 tahun kut. Dulu masa Fieza still kerja kat USM, kami bertiga selalu lepak sekali. Tapi now, Fieza dah ada kat UM. So these are our stories.
Round Island [Balik Pulau - Telok Bahang]
Buat pertama kali aku drive my Dorrivia dari Balik Pulau ke Teluk Bahang. Kami stop amik picture kat lereng bukit selepas Air Terjun Titi Kerawang and di Empangan Air Teluk Bahang. Memang panas nak mampos. Tapi sangat worth it.
ROJAK ROJAK at Gurney Drive
Makan time. Memang best. Walau terpaksa parking jauh sebab banyak keta pada malam cuti ini, tapi kami still kuat semangat. Kami beli chee cheong fan, rojak buah, sotong kangkung and of course PASEMBOR menari. Mamak tu duk shafel depan kami sambil remix lagu house dia bertajuk 'rojak-rojak-rojak". Memang bestla...lagu ini menjadi soundtrack bagi vacation kami kali ini.
Shopping CDs and Spek Mata di Batu Feringghi
Sangat best. Aku beli 5 CDs untuk didengar dalam keta. Mizi, Fieza and Jojo beli spek mata. Aku tak payah beli. Spek mata aku dah cukup best.
Concert Reunion ChikenaTeTua
Kami menempah 2 jam untuk bilik karaoke di Relau. Aku yang sebentar tadi kepenatan setelah bejalan jalan dan drive satu Penang telah mengambil keputusan untuk minum Redbull dan Kacip Fatimah sekali gus. Hatta pada malam concert ini, aku telah membuat persembahan yang dinobatkan sebagai "Livetime Performance" di mana aku telah menyanyi dan menari pelbagai lagu sehingga penyanyi lain terpaksa duduk dan gelak sahaja. HAHAHAHAH......memang kuat sungguh effect Redbull and Kacip Fatimah ini. Dont try this at home. Aku macam mabuk laut pun ada. Ampa pernah tengok tak orang shuffle lagu Siti Sara Raisuddin.Haaaaa....aku dah buat dah semua tu. Lagu Arab pun aku balun. Seni kata silap pun aku reka sendiri.
Melawat orang kampung aku - Rumah Kelahiran P Ramlee
We took some pictures kat rumah P Ramlee ni. Memang bangga la nak cita kat Fieza and Jojo yang aku dan Mizi sekampung dengan Malaysian legend. Actually aku rasa kali terakhir aku mai masuk rumah P Ramlee masa form 3 kut. Yalah...rumah kami depan tu ja...takkan nak mai saja-saja amik gambak. Nanti member sekampung nanti baling kasut kat kami.
Ais Kacang Sow Tow Lane
Ais Kacang ini sangatlah sedap dan telah pun menjalankan perniagaannya lebih dari 40 tahun. Zaman bapak aku gangster dulu pun dia dah mula pi makan kat sini. Tapi dulu dia berniaga tepi parit jer. Lepas New World park di bangunkan, jadi tempat yang sangat cool. Lebih ramai pelancong dan Penangite yang lepak kat sana untuk rasa the real Penang food.
Jalan Cinta
Dalam banyak jalan-jalan kat Penang paling aku suka ialah Jalan Cinta atau Love Lane yang terletak kat tepi Sekolah St Xavier. Kami sempat posing maut kat situ. Nasib baik tak maut sangat. Rojak-rojak-rojak-rojak= hey!!
Makan Angin Laut [sampai lapak balik]
Aku rasa semua orang Penang pernah ada memory dating kat port ni....gurney drive....Best tau...duk sini petang-petang. Angin kuat...macam nak tidok ja.
Nasi Briyani Claypot Kapitan
Makan lagi....yaaaa....................................This is Jojo's and Fieza's last meal in Penang. Sangat sedap hingga tidak boleh bercakap lagi.
Terminal Sungai Nibong [nak balik dah....]
Sedih ja bila nak berpisah. Entah bila dapat cuti-cuti macam ni lagi. Ada jodoh aku harap kami dapat lepak macam ni lagi.
.
Dialog aku and Mizi bila Jojo and Fieza dah naik bas.
Jumie : Sat ja kan....dua hari ja depa kat sini. Lani depa dah balik.
Mizi : Walaupun sat...hang tau...depa nanti ingat cuti ni sampai bila-bila.
For more pictures of us please click here.
Sekian, rojak-rojak-rojak-rojak-HEY!
aku nak p penag gaaaaakkkkk!!!!
ReplyDeletestyle la lagu tema tu...
ReplyDeleteekeke...
mamak tu tau mesti dia bangga...ekeke!!!