30.1.09

Inang Di Raja

Tanpa keberanian, setiap impian tak akan jadi kenyataan. Itulah kata-kata yang digunakan oleh Afdlin Shauki masa nak mengurat Erra Fazira dalam cerita Soal Hati. Memang banyak betulnya kata-kata ini.

Aku ingin mengongsi cerita tentang seorang sahabat yang penuh dengan cita-cita dan harapan dan azam dan impian dan mimpi dan angan-angan. Memang kalau aku duduk bersembang dengan beliau terasa amatlah kecil dan kurus sekali jika dibandingkan dengan dia kerana cita-citanya yang besar. HEHEHE.


Kalau kita berazam atau punya impian yang klisye macam kuruskan badan, simpan duit banyak, beli rantai Habib Jewel, pergi melancong ke luar negara...tapi kawan aku ini dia punya cita-cita sangatlah detail dan begitu menterujakan.

Cita cita dan azam beliau bagi tahun lepas ada dalam 31 azam. Semua yang besar-besar punya impian. Nak swim with the sharks la. Daki gunung kinabalu la. Nak jadi bag designer. Nak jadi DJ radio. Nak jadi dancer. Macam-macam dia nak jadi. Nak belajar cakap Korea. Nak belajar cakap Italy la.

Tapi some of her dream dah pun menjadi kenyataan. Sebagai contoh dia la radio announcer kat Era pada every weekend 2-5pm. Then dia juga boleh bercakap 4 bahasa buat masa ini. Melayu, English, Thai and Jepun.

Tahun lepas, second half of 2008 dia bagitau aku satu cita-cita barunya iaitu jadi international nanny. Ini adalah peluang kerjaya kepada pelajar universiti satu dunia yang berminat untuk menyertai nanny exchange program ke seluruh dunia. Permohonan ini dibuat oleh satu international agent melalui internet. Aku pun tak tau la betul ke aku bagi details ni. Tapi ini yang aku faham la.

Sapa yang berminat nak jadi nanny. Kita bagi resume dan agent ini akan iklankan kita dengan orang-orang kaya dari satu dunia. Europe countries, Jepun, US dan macam-macam lagi di satu dunia ini. Kalau ada orang kaya yang berminat untuk ambil kita sebagai nanny so kita akan diterbangkan ke sana dan tinggal bersama keluarga itu untuk menjaga anak-anaknya.

So banyak kelebihannya, dapat ke luar negara, dapat duk rumah besar, naik keta besar.....tapi kena jaga anak-anak depa la.

So my friend ini telah pun melakukan segala prosedur yang diperlukan untuk memohon menjadi nanny. Akhirnya beliau diterima untuk menjadi nanny kepada satu kapel di UK yang mempunyai kereta Ferarri di rumah yang digunakan untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Memang kawan aku sangatlah excited dengan perkara ini. Memang dah plan macam-macam la untuk ke sana.

Namun, akibat dari beberapa insiden penipuan penyeludupan dadah yang berlaku kepada ramai anak-anak gadis Malaysia yang dijanjikan kerja lumayan di negara luar telah mengakibatkan kerajaan Malaysia telah menolak keizinan beliau untuk ke sana kerana takut ini adalah tektik penipuan yang sama.

Aku pikir cita-cita dan azam dan impian beliau berhenti di situ sahaja...

Setelah beliau tamat pengajian di Penang dan kembali ke KL. Aku lama tak in touch dengan kawan aku ni. Aku pun mengFACEBOOK beliau dan bertanya khabar.

Beliau kata sekarang beliau seorang Governess di Istana. Aku pun macam...biar betul perempuan ni. Jadi inang istana mana pulak...raja mana pulak.

So bila aku mentengok Facebook beliau.....................aku ternganga dan terkinja kinja dalam kegembiraan apabila melihat gambar-gambar beliau di Disneyland, Hollywood, Beverly Hills bersama-sama anak-anak yang beliau jaga sebagai inang.

Kawan aku sekarang memang inang diraja. Kerana dia jadi inang kepada 4 orang putera dan puteri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

These are some of her picture yang aku cilok dari facebook beliau bersama-sama anak-anak raja.



So, to all my friends yang baca blog ini sama ada di ofis atau di rumah, di bilik asrama atau di bilik mandi....biarlah sebesar mana impian itu, biarlah sekecil mana impian itu....jangan biarkan orang lain tertawakan kita. Simpan impian itu kuat-kuat dan lakukan dengan usaha dan keberanian. Sesiapa sahaja yang percaya dengan sepenuh hati akan dapat apa yang dia nak.

Kalau lah tak menjadi pun....at least hang dah cuba. So what?

So itulah kisah indah tentang kawan aku yang bernama Nawal Shahril yang semenangnya pasti tengah duk senyum kembang membaca artikel aku ini.

Jadi untuk mereka yang berada di luar sana. Kalau anda ada kisah hebat dan menarik beserta gambar tentang kehidupan, yang nak dikongsikan bersama dalam blog aku ini. Tak kisahla mengenai masalah, cita-cita, pengorbanan, majis, misteri dan lain-lain...u can email to me at jumie_samsudin@yahoo.com. Jangan lupa tinggalkan nama dan contact details anda. Kalau boleh attach gambar yang berkenaan pun lagi bagus.

Anyway , thats all for now. Im sorry.

4 comments:

  1. jumie,
    besnya kawan hampa nih.happy for her achievemnet! =)

    ReplyDelete
  2. ternganga aku bila baca entry ini. rasa macam nak berenti keja skang dan minta jd orang gaji kepada keluarga yang kaya.

    rezeki orang... tuah ayam di kaki nya tuah kita sapa yang tau..

    ReplyDelete
  3. macam kenai jaa...
    hurm...
    kene pulun la camni...
    aku nak keje kat dubai...
    jadik professional engineer kat sana...huahuahua~~!!!

    ReplyDelete
  4. jumie darlin'..thank you so much for this entry..rasa terharu biru bila baca...huhuh apepun..aku miss hang gila gila ni...back to work dy..nak party lagi!!!! huhuhuhuhuh

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com