1.12.08

Pertandingan Teka Teki di Kenduri Ikin

Aku suka bermain teka-teki. Lebih suka kalau ada orang yang nak menjawab teka teki. Dari segi menjawapnya juga, aku di agak sebagai sedikit terror kerana aku ni kaki merapu. Orang yang suka berteka teki ni, mestilah kena otak songsang sikit. Baru buleh melihat dan menggambarkan jawapan dari pelbagai aspek kehidupan.

Jadi, pada ketika melepak dan bersuka ria di malam tahlil bersempena kenduri kawen Ijad and Ikin kat Alor Star. Aku telah mendapat idea untuk mengadakan pertandingan teka teki dalam kalangan anak-anak buah Ejad.

BF aku dan Boss beliau yang juga merangkap kepada penganjur hadiah tergelak tebahak-bahak melihat aksi pengacara majlis melancarkan pertandingan kalah mati ini.

Sesungguhnya pertandingan ini melibatkan pelbagai kerjasama dari semua pihak. Bukan saja Boss Wandy yang juga merangkap penganjur hadiah yang merupakan wang tunai. Malah aku juga mendapat sumbangan teka teki dari Tarmizi Jaapar (pemilik MIZI BISTRO), Abdul Hafiz Hanafi (abang ipar aku) dan juga Mohd Hanis Hadi (student PPSK yang ngok ngek) dan juga Zam(adik ipar aku) yang telah mengSMS aku sepanjang pertandingan berlangsung.

Berikut adalah beberapa soalan yang dikemukakan sepanjang pertandingan.

1. Dalam banyak-banyak seluar, seluar apa orang tak pakai?
Jawapan : Seluar koyak kat tengah.

2. Hujung jalan ada apa?
Jawapan : Ada N.

3. Dalam ikan luar ayam?
Jawapan : Sardin Cap Ayam Brand.

4. Dalam banyak-banyak bank, bank apa banyak orang?
Jawapan : Bangkok.

5. Kalau kita tidok, dia bangun. Kalau kita bangun, dia tidok!
Jawapan : Orang kerja syif malam! hahaha...ni teki teki paling lawak.

6. Pasai apa lipan selalu lambat keluar rumah?
Jawapan : Sebab kaki dia banyak, lambat nak pakai kasut.

7. Pokok apa orang paling takut ?
Jawapan : Pokok nak tumbang.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar pertandingan teka teki ini.

Sesi memerah otak. Ada yang mengetuk-ngetuk meja. Tengok tepi. Peluk muka. Duk carik inspirasi nak jawab.


Pemenang pertama : Berjaya menjawab, HUJUNG JALAN ADA N!! Beliau dapat satu token untuk main video game kat kedai Video Game, atas Nasi Kandar As Salam, Bangi. Kedai Nasi Kandar As Salam (atau diterbalikkan jadi..AH MALASLAH!)



Pemenang Kedua : Berjaya jawab soalan dalam banyak banyak bank, bank apa ramai orang? Bangkok! Hihihi..bahaya budak ni. Mesti dah besar suka pi Bangkok.
Terima kasih di ucapkan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang menjayakan pertandingan ini.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com