3.11.08

Norman Hakim kencing 'bertabur'



Norman Hakim


AKU TAK AMIK PORT
Aku tak begitu nak amik port sangat tentang perkembangan selebriti tanah air mahupun luar negara. Sebab semua manusia sama sahaja. Sama ada hang artist atau tidak. Semua manusia ada nafsu dan akal. Skendel dan konflik adalah lumrah seharian kita sebagai manusia. Tak perlu bukak paper, mungkin rakan sepejabat juga mempunyai kisah mereka tersendiri. (Jangan duk tengok kawan sebelah plak...tengok dulu diri sendiri yang baca blog ni ?)

Tetapi hati aku tergetis untuk membuat ulasan tentang perihal kejadian ini.

Rentetan kejadian ini tak perlu aku ulas panjang kerana hakikatnya satu Malaysia yang mengikuti perkembangan ini lebih arif dari aku sendiri tentang perihal pergolakan rumah tangga Abby Abadi dan Norman Hakim.

Nafi sana. Nafi sini. Statement sana statement situ. Sandiwara sana. Sandiwara sini. Akhirnya, 30 Oktober jam 3.10 pagi (waktu tempatan), Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon telah didakwa berkhalwat dengan pelakon Memey Suhaiza, 20,(Just imagine, she's 20 years old) di sebuah premis perniagaan di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang. Serbuan itu dilakukan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat maklumat bahawa kedua-dua pasangan itu berada dalam keadaan meragukan.
Meletop wehs. Itu pun Norman masih in denial yang dia ada hubungan dengan Memey. Dia kata mereka telah diperangkap. Perangkap apa wehs? Perangkap tikus?


Memey - She is 20!!


JERAT MAKAN TUAN
Norman cuai. Kalau betul dia kata dia terperangkap, realitinya dia terperangkap dalam jeratnya sendiri. Of course selepas penafian yang bertalu-talu, setiap pergerakan dan kelakuannya diperhatikan dengan lebih mendalam!!

Wah wah wah...tahniah saya ucapkan kepada PI PI dan paparazzi yang memerhati dan mengikut jejak langkah mereka sehingga tertangkapnya mereka pada pagi itu. Walau apa pun. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai bermain skate board akhirnya jatuh juga ke papan sliding.

KENCING BERTABUR
Kisah ini menarik perhatian aku kerana basic pada cerita ini patut kita ambik ikhtibar pada diri sendiri. Jangan kencing bertabur. Kencing dalam konteks ini bukan membuang air kecil, tetapi kencing dalam konteks ini bermaksud menipu.

Kalau suka katala suka. kalau tak suka jangan buat naya kat orang. Jangan buang masa dan tenaga dan menyusahkan semua orang.

Kalau kita terkencing sekali. Kita tak mahu mengaku dan lap kencing tu. Akhirnya esok lusa kita kena kencing lagi untuk cover kisah kencing semalam. Dan eventually, hidup kita jadi kencing berterabur. Setiap kali nak bercerita kita kena betul betul set dalam otak dan ingat balik apa yang kita kencing semalam supaya semua kencing kencing itu selari.

DOUBLE LIFE
Benda busuk tak buleh disimpan lama. Sedangkan kain yang terendam lama dalam baldi pun makin lama makin busuk. Apatah lagi kencing manusia. HAHAHAHAH.....

Bila sampai masa dan ketikanya, takdir dan masa membuktikan segalanya.

Di zaman millenium ini, setiap perbuatan kita di bayar secara tunai. Tiada ansuran. Tiada penjamin. Kalau kita buat jahat. Tuhan tak tunggu sampai anak cucu. Sekarang juga kita akan dapat balasannya.

Sebagai contoh, Norman buat kenduri cukur kepala 27 Oktober. Dalam majlis itu juga beliau dengan tegasnya menafikan segala dakwaan yang beliau mempunyai perhubungan dengan Memey. Aku tak mau amik port sangat. Sebab aku tau, Norman ni dah la hemsem.


Gambar ni masa depa dah setel kes cerai dulu.



Dulu pun dia pernah ada skendel dengan Faradhiya. Sampai dia dan Abby dah bercerai pada April 2006. Tapi sekejab ja. Depa kembali bersama. So tak tau la kisah perceraian tu sebab Faradhiya ke tak. Jangan kata Faradhiya, kalau dia ngurat aku pun, sure aku cayak!! Sekarang ni, tak sampai seminggu dari tarikh kenduri cukur rambut anak beliau, pada 30 Oktober, dia kena tangkap wet dengan Memey.

JANGANLAH KENCING BERTABUR
Oleh itu, saya menyeru para pembaca setia ku yang budiman, marilah kita lihat pada perihal diri kita sendiri. Sampai bila kita hendak hidup dalam kepura-puraan. Lepaskan segala tanggungan dan burden yang menghantui jiwa kita.

Dunia ini akan jadi lebih gembira kalau kita mulakan dengan menggembirakan diri kita dulu.

ps/ Lagi teruk kalau anda jadi TUKANG TADAH KENCING!! Lu pikir la sendiri Nabil.

Pictures are taken from Berita Harian. For more cerita please log on to : http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Teropong/20081102080150/Article/index_html

4 comments:

  1. norman hakim ni memang bodoh!ada bini cantik & anak2 yang cute pun perangai tak semenggah lagi!

    ReplyDelete
  2. buat malu kawan sekolah rendah aje. Pernah admire dia masa kecik2 dulu (kawan sekelas...gatai!), mujur takde jodoh...hahaha..!!

    ReplyDelete
  3. Baca entry ni bau hancing je, sbb byk sgt word kencing.hehehe..

    tp itulah manusia, cuba jgk nak kencing walaupun kencingnya dah berbau amat!!

    nice blog!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com