Setiap hari, sewaktu balik kerja menghantar driving partner ku pulang, Tan Chin Chin yang menetap di Batu Lanchang. Aku akan melalui simpang yang bertentangan dengan market Batu Lanchang.
Pandangan aku tertarik dengan seorang lelaki, menaiki motorsikal dan membawa sebuah kotak. Lelaki itu berpakaian pejabat. Dengan sepatu hitam kemas bercelana.
Aku tertanya-tanya apakah kandungan kotak itu.
Dia berhenti di tepi jalan, di tepi pencawang elektrik TNB.
Dia mengeluarkan ikan dari kotak itu dan memberinya kepada para kucing liar yang hidup di tepian jalan itu.
Hati aku tersentuh. Baik sungguh pakcik ini. Dia memberi makan pada kucing terbiar.
Aku fikir itu yang pertama. Namun, sekian hari aku melalui jalan yang sama kerana rutin menghantar Chin Chin, setiap hari itu aku perasan Pak Kucing itu datang bersama kotak dan ikan-ikannya.
Ada juga ketikanya aku lalu, kucing-kucing itu kelihatan bersantai di tepian jalan dan pagar. Mungkin sedang menanti kehadiran Pakcik Kucing itu.
ps/ Sudah kah anda memberi makan pada kucing anda di rumah dan di keliling rumah anda?
comelnye kucing-muceng tuh...
ReplyDeletehuhu...kucing yg pandai main laptop ngan wat gimnastik tu dah lari dari rumah la jumie...rindu gile kat dier...dier lari ikut kucing rempit...sosial gile kucing tu sejak pindah duk jb ngan kuarge kak syima...