Kedai Runcit Louis Vuitton di Bukit Bintang.
Ketika melawat KL bulan lalu. Kami melalui butik Louis Vuitton di hadapan Bukit Bintang. Kawan aku tak henti-henti mengomel pada tunangnya tentang obsesinya terhadap beg jenama Louis Vuitton ini. Aku dan Shahril hanya terdiam di depan. Jalan sangat jem.
Aku ada sebuah beg Louis Vuitton. Kak Ulie bagi kat aku. Aku tak tau sama ada itu original atau tak. Tapi kalau original takkan dia nak bagi kat aku.
Harga beg LV adalah dari RM3000 hinga RM30 000!!
Sejumlah wang yang sangat besar untuk dijahanamkan pada sebuah beg.
Aku tak pernah menghargai beg LV yang Kak Ulie bagi pada aku itu. Bagi aku, its just a brown bag yang ada corak monogram L dan V. Sememangnya aku tidak pernah menghambakan diri aku pada jenama dan brand fesyen. Walaupun hakikatnya aku suka melihat perkembangan fesyen dunia.
Aku kelihatan jahat dengan beg Louis Vuitton ini!!
Hinggala pada hujung minggu lepas, aku bershopping seorang diri. Tujuan diri nak cuci rambut, beli kasut dan sedikit barang mekap.
Aku pakai Beg Louis Vuitton yang Kak Ulie bagi kat aku.
Memang aku rasa a lil bit macam seronot juga!! Walaupun aku sendiri tidak tau sama ada Louis Vuitton aku ni original ke tak. Tapi kalau aku pun tak tau. Orang lain lagi la tak tau. Aku dapat layanan a little bit better dari kebiasaannya ketika melangkah masuk ke butik-butik dan kedai shopping. Adakah ini kerana beg Louis Vuitton ini?
Kini baru aku rasa macam BESTNYA kalau ada sebuah beg Louis Vuitton sendiri. YANG ORIGINAL!!
Satu hari aku akan miliki beg Louis Vuitton aku sendiri.
Bukan Shahril yang belikan.
Bukan juga dari Nawal Shahril.
Bukan dari Kak Ulie.
Tapi hasil titik peluh aku sendiri.
ps/ Tapi bukan beg plastik sampah Louis Vuitton seperti ini! HAHAHAHAHAHAH
huik...aku kene highlight sume ke untuk bace entry nih? ke aku yg rabun? huuu...
ReplyDeleteneway...beg plastik bawah skali tu mahal tuu...kalo aku dapat laa...wat bungkus baju untuk balik kampung je...tak sanggup nak wat plastik sampah
haha..plastic sampah pun LV?!!! ala..yang kita beli tu bukan setakat begnya..tapi NAMANYA!!nama yang buat beg tu mahal...
ReplyDeletehahaahahahhaa....wahhhh tak sangka nama ku pun ada dalam blog ini! aku suka beg last sekali. siap tidoq lagi dgn plastik tuh..mahal dowh!
ReplyDelete