Di ambang malam merdeka ke 51. Aku mengambil keputusan untuk mencongok di depan televisyen sahaja melayan tubuh ku yang kepenatan yang sejak dari pagi penuh dengan aktiviti.
Aku pasti malam ni ada banyak tayangan gambar yang menarik dan seronok ditonton sendirian. Kebetulan housemate aku Leya dah balik kampung dan adik aku telah pun keluar dating bersama boifrengnya Zam. Dah nasib badan aku ni LDR (Long Distance Relationships), maka aku pun lepak sahaja.
So malam tu, ada tiga cerita yang best yang aku sempat tengok.
1) The Red Kebaya
Cerita ini mengisahkan seorang photographer yang sangat handal dalam misi projek terbaru beliau tentang gambar-gambar rumah terbiar. Akhirnya beliau berjumpa dengan banglo lama di atas bukit di mana beliau akhirnya mengenali dan menjejaki semula kisah asal usulnya. The Red Kebaya menjadi titik noktah permulaan pengembaraaan beliau. Memang aku respek dengan hasil kerja filem ini dan juga jalan ceritanya yang menarik. Tidak dinafikan filem ini mendapat banyak anugerah dan pengiktirafan. Untuk dapat more info about this film, you can log on to http://www.theredkebaya.com/
2) Drama TV 3 - Pencalonan Anugerah Skrin TV3 - Suara Saleha
Lakonan mantap Fauziah Nawi, Fauziah Ahmad Daud, Raja Azura dan juga Zamarul Hisham. Kalau aku sebut barisan pelakon pun, dah rasa gerun kan. Memang cerita ni sangat mencabar hati aku. Bayangkan Saleha, seorang kakak yang perlu menjaga ibu yang buat-buat gila, adik perempuan yang liar dan dia terpaksa menangkis tanggapan negative masyarakat terhadap keluarga beliau. Pengorbanan yang beliau pikul teramatlah berat sehingga beliau menangkis kehendak dan keinginannya sendiri. Aku harap drama ini akan menjadi antara pesaing terhebat untuk malam Anugerah Skrin nanti.
3) Bilut
Filem ni mengisahkan derita peneroka FELDA BILUT selepas kemerdekaan dahulu. Memang sadis la bila kita lihat rumah orang felda dulu. Tengah-tengah hutan, hari-hari kena masuk keluar hutan untuk bangunkan tanah tu. Takder kemudahan elektrik, takder kemudahan komunikasi. Bini kena sampuk tengah hutan, anak kena makan dengan harimau, perlu ka aku ceritakan semuanya? Korang tengok la sendiri. Sekarang kita dah 51 tahun merdeka, aku terus SMS dengan abah angkat aku di Felda Jengka 23.
"Abah, salam merdeka. Tgh tengok BILUT ni. Ingat kat Abah. I miss you la"
SMS aku berbalas " Abah miss u too. Abah tengah tengok HBO ni. Mak dah tidur. Salam merdeka"
ps/ Salam kemerdekaan untuk semua.
adeihhh...abah angkat ang bleh layan hbo plak...hihikss!!
ReplyDeletesume tu aku tgk kecuali red kebaya...miss nak tgk pasal sibuk filing nota bersepah2...huhu~~
sungguh tak merdeka cuti merdeka aku...ishhh