13.7.08

Cabaran kembara bersama Dorrie sempena Abang Awie dan Kak Zai













Perjalanan yang berpecah-pecah
Sebenarnya aku tak pernah pun terpikir yang aku akan bawak Dorie untuk pergi ke Kuala Lumpur. Kerana seawal perancangan kami, aku akan tolong drive kereta Waja Kak Ita dan Abang Hafiz.


So sebab Abang Budie tak dapat join, due to Kak Qiena yang tengah tunggu hari untuk datangnya orang ketiga, so aku kena bawak Dorie jauh ke Kuala Lumpur sebab nanti nak balik tak cukup kereta la plaks. Kebetulan Kak Linda pulak sudi memsponsor duit minyak kat aku. So pagi Jumaat tu, aku pun awal-awal pagi dah singgah kat rokwok untuk sarapan pagi dulu.

Lepas singgah kat rumah Mamancung baru kami semua bertolak. Pada masa tu, bapak dan mak aku dah ada kat Perhentian Juru. Punyerla awal. Bapak aku ni memang semangat sikit. 8pagi dia dah kuar rumah. Padahal family Mamancung semua baru duk relaks-relaks kat rumah. Pepito pulak tak mau ikut sebab dia duk risau kalau kalau ada orang nak mai curik kucing Frieskies dia.


Last week dah jadi kes heboh satu kampung, Pepit tangkap budak kampung curi kucing dia. Melatop kes tu. Tapi bagus gak Pepit tendang budak tu sebab curi kucing dia sebelum dia sempat jual pada orang lain. Tak baik betulll...

Aku dan Kak Linda macam tak best gak bila Pepit tak mau ikut. Bila aku dan Kak LInda dah siap dulu, Pepit hantar kami kat kereta. Dengan linangan air mata, dia macam sedih bila kami kata bye bye.

Dia nak ikut, tapi dia tak sedap hati.










So kami bertolak dulu, nanti GARUDA (bapak aku..heheh) mengamuk pula bila tengok kami tak sampai sampai. Around 11.50 pagi kami pun sampai kat perkarangan Hentian Gunung Semanggol. Abang Sani pun sampai satu family dengan Citra. Kami pun jumpa dan makan-makan dulu. Abang Sani pun lambat sebab pi setel hal radio kereta dia dulu kat Penang.


Garuda muka macam tak best dah 3 jam tunggu kat RnR. Sian gak, tapi bapak aku pun jangan la kalut sangat nak p awal-awal. Kami call Mamancung, depa tak kuar rumah pun lagi. Sebab at last minute, Pepito nak ikut. So depa semua kena buat rombakan sangkar kucing dengan kadar segera.
MANGKAK betui!!



So kami pun bergerak dulu, sebab tahu Mamancung mungkin lebih jauh dan lebih lambat di belakang. Perjalanan terpaksa diteruskan dulu. So kami semua akan tunggu Mamancung semua di exit Lebihraya Guthrie.


Around 4.30 pm akhirnya kami sampai kat exit Guthrie highway. Minyak aku bubuh tadi RM60 ada tiga bar lagi. Tol masuk jelapang RM16.80. Tol masuk Guthrie RM24.30. Jimat kan? Pakailaa VIVA!!











My Bf no. 3!! ADAM the Omers!!


Tahu tak siapa BF aku no 3. Hehe..tak lain tak bukan anak buah aku. Adam the Omers (Transformers). Adam ni anak Kak Julie. Kak aku no satu yang duk Shah Alam ni. Sepanjang kat KL ni kami akan berada kat rumah dia la. Rumah ni rumah baru dia. Best...besak la jugak. Kami ramai -ramai mai pun rasa selesa.
Adam dah pandai cakap sekarang. Dia macam malu-malu masa mula-mula jumpa aku. Aku bagi dia hadiah from aku dan Sue. Dia macam nak main sekali. Tapi dia segan lagi. Esoknya baru kami main dorang. Best main dengan Adam. Dia pandai gelak dan buat lawak.





Aku ajak dia beberapa trick baru. Kalau tanya "Adam, Mok (nama timangan aku) kentut macam mana?" Adam akan jawab "Propp..." Pastu ni mummy dia ajak... "Adam berak bunyi macam mana?" Plop...Plop...Pastu kalau hampa give me five dengan dia..dia lepas give-me-five dia akan kata YESS!!

Pertandingan Mengubah Hantaran

Sebagai persediaan untuk majlis pertunangan Abang Awie dan Kak Zai. Pagi sabtu tu, kami semua bergotong royong menyiapkan gubahan-gubahan hantaran untuk dibawa bersama rombongan meminang Kak Zai. Kak Zai ni orang Sarawak.


Adat orang Sarawak, dari segi hantaran, perempuan bagi kurang. Lelaki bagi lebih. Terbalik dengan adat orang kita di Semenanjung. So kami semua kena siapkan 17 dulang. Sebab Kak Zai dah siapkan 15 dulang.



Antara peserta pertandingan gubahan adalah seperti Kak Dalina dari Rawang, Kak Satria dari Dato' Keramat, Linda dari Italy, Julie dari Scomi, Julia dari RokWok Penang, Kak Illa dari Kedah dan akhir sekali tak dilupakan Bik Misa selaku juri awam. Heheheh Aku dan Mak kena jadi Celebrity Chef kat belakang. Menyiapkan hidangan makan tengahari untuk seisi keluarga.



Majlis pertunangan bermula pukul 6 petang di rumah Kak Zai di Bandar Mahkota Bangi. Antara menu hebat yang telah disediakan oleh aku dan mak ialah :

1) Siput sedut masak lemak

2) Ayam masak kurma

3) Kerabu taugeh dan kerisik bersama cili


Dah lama aku tak memasak. Yelah dah aku ni selalu sibuk sana sini. Makan pun ada yang ada jer. Takde makanan aku tak makan. HUHUH...Diet la katakan.
Bila dah selesai masak, baru la aku cuba cuba nasib untuk masuk campur dalam pertandingan mengubah hantaran tu. Tak sangka plak, menjadi. Gubahan yang aku perlu buat ialah KAIN TELEKUNG (hai..ada makna ni). Aku buat bentuk bulat-bulat. Bila depa tanya apa tajuk gubahan aku, aku dengan bangganya memberitahu "BEBOLA SOTONG".


Rombongan 8 BUAH kereta!!

Seperti yang dijanjikan, kami semua menuju ke Bandar Mahkota, di mana terletaknya rumah Kak Zai. Dari rumah Kak Ulie, semuanya 5 buah kereta. Aku tak perlu bawak Dorrie sebab ada 2 kereta extra. Aku naik dengan Abang Joe dan Kak Ulie.

Abang Joe tu sepanjang perjalanan duk merepek perli aku penyanyi kelab. At the same time juga, Gula GUla Hati ku, sedang standby kat rumah dia yang terletak opposite dengan Bandar Bukit Mahkota iaitu Bandar Sri Putra.

Aku macam excited jugak nak jumpa beliau. Tetapi aku pun macam kena gabra jugak sebab pertemuan kali ini akan menemukan beliau dengan ahli keluarga aku yang lain. Kami semua berkumpul di tol masuk Bukit Mahkota.

Fullamak..rupanya lebih kurang 4 biji kereta lagi sedang menanti. Itu semua adalah sepupu sepupu aku belah bapak aku. Depa ni semua anak-anak arwah makcik aku. Bukan main seronok dapat jumpa dengan abang-abang pupu aku. Depa semua panggil aku SUMIE JELLY MANIS!! cehss
Akhirnya, bila semua dah ready. Kami pun berarak masuk ke bandar BUKIT MAHKOTA....JENG JEng JEng...abang Awie duk gabra dalam kereta. Kak Zai duk nervous dalam rumah!


Pertunangan in Green

Asam di laut, garam di darat..dalam rak Tesco bertemu juga. Itulah peribahasa yang aku sempat gubah untuk Abang Awie dan Kak Zai. Sebenarnya, Abang Awie ni duda hot beranak 2. Syafiqa dan Sulaiman. Beliau sekarang bekerja dan menetap di New Zealand. Kak Zai pulak seorang pramugari.

Depa dah kenal dah lama sejak zaman gila gila remaja lagi, tapi time tu..abang Awie tak cukup hemsem nak mengurat Kak Zai. Hahahaha.... Kalau dah nama jodoh akhirnya bertemu juga! Selepas berhempas pulas Abang Awie menguratkan Kak Zai.

Akhirnya dia dapat juga pilihan Buatan Malaysia yang amat disukai oleh kaum keluarga Bawean ku. Selepas menuruti adat resam hormat keturunan kita, berpantun berseloka sebagai permulaan majlis, akhirnya cincin pertunangan disarungkan sebagai tanda ikatan.

Kami semua ambil kesempatan untuk suap gula kat Kak Zai. Aku dengan baju kurung biru dan bunga kemboja 2 kuntum di kepala, (aku curik dari depan rumah Kak Zai). pun tak lepaskan peluang untuk suap gula kat Kak Zai. Sebelum suap aku tanya dulu "Do u had enough or you want more?" pastu kak Zai dengan muka tergelak comeil macam Mashi Maro pun jawab..."moree..moree.." Semua orang gelak.

Ini lah paraceka Jumie





Dalam bahasa Bawean, paraceka(pa-ra-che-ka) means BOIFREN. Paraben (pa-ra-ben) means girlfriend. Bf aku pun sudi meluangkan masa bersama-sama dalam temasya ni. Dengan rambut yang berwarna blonde dan tercacak di tengah, T SHIRT merah, suar jeans dan kasut NIke beliau sungguh tampam seperti Ultraman Tiga. Apabila beliau berdiri di samping abang-abang sepupu ku, duk nampak muka dia macam sedara mara aku plaks. Memang makin kuatlah sokongan dan dalil-dalil yang menyatakan beliau mempunyai wajah-wajah seiras saya...

Lawak AMERICAN

Masa tengah menjamu selera selepas sesi pertunangan, kami semua makan ramai-ramai bawah khemah yang disediakan. Semua sedara mara Penang, KL dan Sarawak duduk sekali. Bapak aku macam biasalah, suka duk tengah-tengah dan buat lawak kuat-kuat bagi semua orang gelak. Masa tu aku dan Shahril makan depan bapak aku.

Aku perhati bapak aku ni perangai diaa sebijik macam aku kan. Suka cakap kuat-kuat bagi orang dengak. Hahaha... So antara lawak yang paling SNAP bapak aku buat ialah masa mengusik anak-anak dara USOP ROBERT yang merupakan family friends kami. Depa memang asal Penang. Tapi bermastautin kat KL.
Bapak aku tanya la depa sorang sorang..


"Nama hang apa?" tanya bapak aku

"Haslina Merican" yang kakak menjawab.


"Nama hang apa?" tanya pulak pada adik


"Nurul Merican." jawab adik


"Nama hang apa?" tanya bapak aku lagi.


"Liana Merican."


"O...ampa semua American...nama pakcik GEORGE BUSH"


HAHAHAHAHAHA.....aku bantai gelak sekuat hati!!


BESDAY MAK , SATAY dan POCO-POCO


Setelah selesai majlis pertunangan, kami semua berangkat balik. Sepupu-sepupu aku semua balik ke rumah masing-masing. Dan disebabkan masa dan jarak yang tidak mengizinkan depa semua tak dapat la nak join plak kami semua rest kat rumah Kak Ulie.


So, hanya tinggal kami dua keluarga. Mamancung dan Manap and sons and daughters!! Aku dan Shahril ditugaskan untuk pi beli satay Haji Samuri di RnR Elmina Utara.


Kak Ita larang anak dia AN ikut aku dan Shahril. An berkenan gila kat Shahril, of course la, dia macam bangga la Mok dia punya BF. An ni anak Kak Ita, my second sister. Masa time tu kak Ita style bagi line "An balik ikut keta ummi..biak depa nak p dating-dating sat".


BF aku tersengih macam balitong. Kunon-kunon sopan. Padahal punya seronot dalam hati. Aku apatah lagi...rinduuu tau tak! Seronok la kami duk sembang dalam kereta, ak ni macam biasala mulut style banyak. BF aku senyap ja..duk drive. Aku duk pot pet pot pet duk citer aku bawak kereta mai KL. Macam bangga la buleh drive jauh.

Sampainya kat rumah, kami pun terus tiup lilin untuk mak. Mak aku dah 17 tahun. hahahah..tak laa...dah 55 tahun pada 11 Julai 2008. Kek telah dibuat khas oleh Kak Zura, kawan seITM dengan Kak Ulie dan sekarang duk dekat-dekat area umah kak Ulie gak. Dia buat kek cokelat dengan tulisan HAPPY BIRTHDAY NENEK.
Yang mangkaknya, yang nyanyi lagu happy besday paling kuat ialah RosaLIsa anak Kak Linda. Duk nyanyi lagu besday dalam Italy! hahahaha.. Lepas makan kek dan satay, so masa untuk lepak.



Neighbourhood kat rumah kak Ulie ni tenang, tak dak bunyi kereta, takdak bunyi bising-bising,,just rumah kami ja yang duk meriah sampai 3 pagi macam hari raya. Kat depan rumah, ada rokok and Tea session. Aku dan Shahril yang sedang berlawan sendawa dan kentot, Mamancung plak duk merapu cerita dia bawak kereta laju, Abang Hafiz abang ipar aku duk buat macam steady, Abang Awie tak abih abih duk carik coverage sebab kat sana line 016 tak kuat orang kuning tu tak sampai...susah la dia nak contact tunang tercinta, Kak Pati dan Kak Linda yang tak abih-abih duk bergossip pasai isteri baru Marco.


Malatop...di celah-celah itu..kami semua dihiburkan dengan tarian POCO-POCO oleh kakak aku yang bersama SANITA!


BYe BYE ADAM


Pagi ahad menjelma. Sungguh pantas masa berlalu. Satu tugas dah selesai. So kami semua akan berangkat balik ke Penang. Minggu depan which is on 19 Julai akan berlangsungnya majlis pernikahan dan persandingan antara Abang Awie dan Kak Zai.


Segala majlis akan berlangsung di Pulau Pinang atas sebab-sebab kesihatan Bik Misa yang tak mengizinkan. Memang aku respect Kak Zai dan family kerana faham akan keadaan ini. Adam macam faham kami semua nak balik. Dia salam dengan kami semua.


Aku huluk dia RM10. Okay la tu..mak dia manager. Lagi kaya dari aku. Kami semua ucap terima kasih kat Abang Joe sebab tumpangkan rumah dia untuk kami semua. Dia duk excited sembang dengan Kak Linda, katanya nanti lepas ni dia nak bawak mak bapak dan Adam dan Kak Ulie p Italy plaks.


Hari tu depa dah p kat Abang Awie kat Auckland. Aku nak p jugak..tapi duk simpan duit nak kawen....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



IPOH MALI


Kami tak terus pulang ke Penang. Kami tak lupa sepupu di IPOH. haa...sepupu aku ada juga ramai di IPOH. Sebenarnya, bapak aku ni terdiri dari 3 beradik kandung dan sorang kakak tiiri. Arwah makcik aku kat KL tu kak tiri bapak aku.

Hasil perkahwinan arwah nenek dengan suami pertama. Cerai mati. Lepas tu nikah dengan Abdullah baru dapat Hendon, Samsudin dan Nordinn. Samsudin iaitu nama bapak aku merupakan sempena nama arwah suami pertama nenek aku. Tapi nama timangan bapak aku ialah Manap dan nama timangan pakcik aku Nordin adalah Mancung. Hahahaha..sempoi tak?

So kat Ipoh ni adalah anak kepada arwah Obek Hendon.Depa semua dah standby macam-macam untuk lunch. Ada nasik. Sotong. Ayam. Udang. Mee kuah. Meletop. Aku sempat pusing-pusing satu rumah ni. Umah arwah makcik aku kat Kg Rapat Jaya ni. Memang banyak nostalgia kat sini.

Last time aku mai sini masa cousin aku Amy nikah. Which was 5 years ago. Memang best sangat. Amy pun tengah ngandung anak kedua. Morning sickness pun tak habis lagi.

Kat belakang rumah depa ada pokok durian, ubi kayu, limau purut, bunga kantan dan paling aku syiok..kacang tanah. Aku curi-curi cabut satu pokok. Nak tengok betui ka dalam tanah tu buleh tumbuh kacang. Hahahah....tapi tak dak lagi. Pokok tu muda lagi...Aku cucuk balik. Kalau mati satu pokok tu..aku la punya pasai. HAHAHAHAH


Balik Penang Lepas waktu Maghrib kami semua pun balik menuju Penang. Pepit tanya aku what time agak-agak we can arrive Penang. Aku kata maybe around 9pm.


Aku ajar satu tips kat Pepit macam mana kita nak estimate perjalanan jauh macam ni. Aku kata, kita amik jarang in kilometre ke detinasi. Let say destinasi A lagi 120km. So bahagi dua jadi 60. So, kita akan sampai agak-agak dalam 1 jam lagi. 60 minit sama dengan 1 jam. Kak LInda, Nata dan Rosalisa dah baguih terlena kat belakang. Aku dan Pepit rancak bersembang sambil mengimbau kenangan-kenangan lalu masa kami kecik-kecik dulu.

Sat ja masa berlalu, dulu Pepit nanti carry aku naik beskel mountain bike dia pusing satu kampung carik wau pi...(wau pi...means wau putus talit). Lani pepit dah jadi wanita jelita lebih jelita dari aku dan aku sedan memandu kereta sendiri.


Macam-macam topik kami bualkan. Dari cerita aritst-artist kekwat sampai la cerita cerita seram masa duk kat asrama POLISAS dulu. huhuhuh..Pepit ni part time make up aritst. Dia kata dia pernak mekap DEKNA AF dan dia kata muka detu antara kulit paling cantik sekali dia pernah jumpa so far la..



JANGAN PANDANG KANAN


Lebih kurang jam 8.15. Kami melalui kawasan ladang kelapa sawit. Kereta tak banyak sangat. Aku dan Dorie adalah kereta paling belakang sekali dalam rombongan kami. Dengan kelajuan tak sampai 100km/j aku drive dengan tenang. Tiba tiba ada kereta kancil warna gold potong aku dari arah kanan.


Dia maybe tak larat nak pecut. Dan mencelah depan aku. Aku pun macam okla..dia bagi signal pun dengan penuh kesopanan. Pastu dalam kereta tu, kat seat belakang ada 3 orang duk duduk. Seorang wanita, seorang lelaki dan seorang baby macam Adam.

Pastu depa semua tengok kat aku dan Pepit, pastu depa duk tunjuk arah kanan. Macam nak suruh kami tengok kanan. Macam ada something kat kanan kereta kami. Aku tak tengok pun kanan. Sebab aku pelik, awat baby tu pun pandai duk tuding jari ke arah kanan.

Pastu Pepit pun bersuara "Mok, awat depa ni duk suruh kita tengok tepi?" So, bukan salah mata aku la....sebab Pepit pun nampak. Aku rasa macam seram sejuk.


Tak berani aku nak tengok kanan. Aku tengok cermin sisi gelap ja. Takdak langsung lampu kereta ka atau bas nak lalu. So, akucek cermin belakang, ada tak kereta belakang kami. Tapi takdak pun.


So aku pun nasib baik duk drive slow ja...steady, terus aku bagi signal, tukar gear dan memecut meintas kereta kancil tu. Masa kami pass by tepi kereta tu aku sempat ushar dalam kereta tu. Ada dalam 5 orang. Tiga belakang termasuk baby, dan dua di depan.


Tapi nampak macam sesak dalam kereta tu. Pastu yang ngerinya, satu family tu duk tengok kat kami. Bila kami dah selamat kat depan, aku terus call Abang Sani yang sekarang ada kat belakang sekali.


So sepatutnya, belakang Citra depa ada la kereta Kancil tu...
"Abang Sani...tengok sat ada kereta kancil tu duk suruh kami p tepi..belakang kereta hang"
"Gila...belakang kami mana ada kereta!"
Jeng jeng jeng....


Penang here i come


At 9.30 kami semua selamat masuk Penang bridge. Alhamdulllah, semua selamat, kereta in good condition, semua pun macam happy dan enjoy sangat walaupun penat. So 19 Julai ni, kami semua akan tunggu orang KL dan IPOH untuk mai Penang plak untuk temasya yang indah ini. So aku stop dulu kat sii.
Nanti insya allah bila free aku akan tulis review tentang MAJLIS PERKAHWINAN AWIE AND ZAINURI.



ps/ pengajaran untuk hari ini, nak mula bawak kereta jauh-jauh baca la ayat kursi sebagai perlindungan. Insya- Allah. Berkat pesan mak yang aku amal ni, masa kejadian JANGAN PANDANG KANAN tu..tiada apa pun berlaku.





1 comment:

  1. bị gục xuống mặt đất, cuộc đại chiến hoàn toàn kết thúc.
    đồng tâm
    game mu
    cho thuê nhà trọ
    cho thuê phòng trọ
    nhac san cuc manh
    số điện thoại tư vấn pháp luật miễn phí
    văn phòng luật
    tổng đài tư vấn pháp luật
    dịch vụ thành lập công ty trọn gói
    http://we-cooking.com/
    chém gió
    Nhạc Thành nhìn đống bừa bộn phía trước, khóe miệng nở ra một nụ cười, phỏng chừng lúc này Hắc Ám Thần Điện đã phát điên lên rồi.

    - Hỏa lão, đa tạ ông.

    Nhạc Thành cất tiếng nói với Hỏa lão, vừa rồi hắn đã được nhìn thấy thực lực cường hãn của ông.

    - cảm ơn cái gì, ta thấy mấy người Hắc Ám Thần Điện đó cũng không vừa mắt, mà tiểu tử nhà ngươi càng ngày ta càng nhìn không thấu.

    Hỏa lão cất tiếng nói.

    - Chủ nhân.

    - Chủ nhân.

    Thanh Bối Ma Ngưu, Tứ Sí Ma Ưng và bốn con Địa Ma Lang sau đó quay trở về bên cạnh Nhạc Thành.

    Thanh Bối, Thiên Lang, các ngươi thu dọn chỗ này một chút, sau đó chúng ta lên đường.

    Nhạc Thành cất tiếng nói, sau đó thủ ấn của hắn cất lên, thu hồi năm bộ Kim Tiên Khôi

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com