Sekarang ni zaman Facebook, apa apa saja yang berlaku dalam hidup seseorang cepat saja kita tau. Tak kisahlah orang tu baru couple, beli beg baru, pergi melancung, bertunang, putus tunang apatah lagi berkahwin. Sat saja, orang akan upload gambar u olls dah berkahwin dan tagged nama u olls. So, haruslah kita-kita yang tidak tau yang u ollls dah berkahwin akan akhirnya tau olls baru saja berkahwin.
Macam mana pulak dalam kes, u olls buat kenduri dan tak jemput kawan-kawan semua? Tau tau saja u olls upload gambar u olls berkahwin. Sah-sahlah ramai yang akan mengomen seperti ini "Amboi....tak jemput pun. But anyway, tahniah ya," Betui tak u olls? Very the sarcastic kan? Sah -sah ayat itu macam tak dapat tanduk, telinga di pulas.
Nenjia...bajet punya bajet. Last sekali takdak sapa mai kenduri. Haa........ps/ gambar ini diambil dari Shazlishots :) |
Actually akak faham, u olls buat kenduri kecik-kecik dan kalau nak jemput semua kawan-kawan dalam Facebook maka koyaklah segala poket u olls itu dan terpaksalah merancang perkahwinan itu sebab tak buleh nak beranak dalam masa yang terdekat sebab bajet.
Akak pasan sekarang pun dah ramai kawan-kawan kita yang buat macam tu. Ada yang buat jemputan dari 300 ke 500 orang sahaja. So of coz terpaksa mendahului kawan rapat dan saudara mara yang terdekat dahulu. Akak sangat menyokong cara ini kerana sebagai orang Islam, kita haruslah mengutamakan kesederhanaan dalam semua perkara.
Tapi macam mana dengan orang-orang lain yang tidak dijemput ni? Adalah tanggungjawab kita juga untuk mengumumkan kat depa semua bahawa kita baru saja mengahwinkan diri? Betul tak? Tapi kalau kita bagitau depa, depa ingat kita jemput depa jugak kan? Tapi kita tak mau jemput depa kan? Kita nak bagitau ja......SO MACAM MANA?
Oleh itu, akak ingin memperkenalkan satu benda baru yang harus kita budayakan dalam masyarakat kita iaitu Nota Manis Sempena Kenduri Kecil.
Contoh nota manis atau wedding announcement yang dibuat oleh mat saleh. |
Akak juga akan memohon maaf kerana tidak menjemput semua memandangkan majlis kecil ini adalah kehendak akak sendiri kerana mengikut kemampuan akak dan akak mengharapkan agar semua mendoakan dan merahmati rumahtangga yang baru akak bina ini. AYATTTTTTTTTTT MAU MELETOPSSSSSSSSSSS! Barulah orang akan rasa, walaupun tidak dijemput tapi orang tetap akan rasa 'apart' of my big day ini.
Tapi impian akak punah begitu sahaja kerana bapak akak iaitu Abang Manap langsung tidak menyukai cara ini. Bapak akak terlalu tradisional. Bagi dia, kenduri kecil ialah kenduri nak cover malu sebab anak dara dia sebenarnya dah termengandung awal sebelum kahwin. I am so jeles of u guys yang ada mak bapak yang supporting dan boleh terima cara baru ini. Maybe akak tak buleh buat macam ni, tapi hari ini akak nak share dengan kalian semua dan haruslah kita fikirkan sejenak.
Akak pertama kali diperkenalkan dengan Nota Manis ini melalui seorang sahabat akak, Aishah Aljuned. Dia kata, ada seorang sahabat dia dari KL. Kawan tu buat small wedding only for keluarga terdekat. So dia buat simple notes dan emel blast kat semua orang. And also, as now kita ni semua ada Facebook, dia mesej kat semua kawan-kawan dia di Facebook. Dan untuk pengetahuan ampa, jangan terkejut sebab tidak ada sapa-sapa pun yang marah, atau terasa hati sebab tidak dijemput malah mereka semua mengucapkan selamat dan mendoakan agar semuanya berjalan lancar. Wowwwwwwwwwwww....sooo sweeett u olls.
Akak pun dah banyak kali duk terasa dah. Kawan-kawan sekolah Senjojes ni ramai sangat aih, kawen style tak jemput, tiba tiba penuh kat Facebook depa dengan gambar kawen depa. Pastu ada pulak gambar kawan-kawan ramai dan satu geng lain yang pi dan amik gambar dengan pengantin. Wehssssssssssssss................terasaaaaaaaaaaaaaaaa kot!!!!!!!!!!!!!! Tapi kami takmaulah nak mengamuk bodo-bodo. Kenduri hampa adalah hak ampa la nak jemput sapa pun. Tapi kan tak syiok bila kawan-kawan dah terasa.
Oleh itu, marilah kita beramai-ramai membudayakan Nota Manis Sempena Kenduri Kecil ini. Ada beberapa cara yang akak sarankan untuk menyebarkan Nota Manir ini, dan cara-caranya adalah seperti berikut :
- Mini Poscard
Sekarang ni u olls semua pandai kan buat poster kecik Save The Date la dan macam-macam lagi, so why not? U olls buat poster kecik ala-ala poscard yang mengandungi Nota Manis ini. Pastu post up kat Wall Facebook u olls. U can start tagging friends (Tapi akak tak galakkan awak tagging sebab ada orang tak suka di tag).
Contoh poscard yang u olls boleh buat. Selalu kan u olls buat this card untuk save the date atau jemputan, so why not u olls buat just untuk Nota Manis? Ini akak amik dari Pojiepooh yang baru saja mentunangkan diri beliau pada awal Julai. So happy for u babe. Welcome to the club :)
- Emel Blast
Cara ini adalah yang paling mudah sekali. U can do this among office mates dan rakan-rakan sekolah, dan rakan-rakan business. Kalau boleh elakkan emel kat banyak-banyak orang di alamat To atau CC sebab takut nanti depa detect hang sebagai spammer, tapi hang masukkan all the alamat dalam BCC. So, that way, hanya orang yang terima tu dia sorang ja tau dia dapat emel tu dan orang-orang lain tak buleh REPLY ALL dan menyemakkan inbox orang lain. Unless hang purposely nak buat macam tu.
- Facebook Message Blast
Ada orang yang jarang bukak emel depa. So why not u olls mesej kat Facebook sahaja. :) Kalau boleh elakkan emel blast kat banyak-banyak nama dan membuatkan susah nak open that message sebab ramai sangat orang duk reply balik. Just copy the simple Nota Manis atas notepad dan copy one by one message to each friend. Dahla kamu tak jemput depa...takkan message satu persatu pun nak malaih. Aiiiyoooo. Kalau mesej satu persatu tu nampak lebih personal okay.
- Blog Announcement
Sapa ada blog adalah lebih bagus u olls buat blog announcement. Lagipun page blog u olls tu boleh di share dalam Facebook dan Twitter kan? Lebih mudah kerja u olls.
- Facebook Notes
Kalau sapa-sapa yang takdak Blog, u olls boleh tulis Nota Manis dalam Facebook Notes. Its easy to write and even easier to share around.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,
Alhamdulillah, kami masih berupaya dan berkesempatan untuk melihat keagungan ciptaan Allah ini lagi. Syukur juga ke hadrat-Nya, kami ditemukan jodoh dan ditakdirkan untuk mengikat ikatan rumah tangga bersama. Walaupun dalam pertemuan dan perkenalan yang singkat ini, Allah telah membuka hati kami untuk membawa hubungan ini kepada satu jalinan yang lebih bermakna.
Sehubungan itu, kami dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami berdua akan bernikah pada pada Isnin, 4 Julai 2011 dan disusuli dengan satu majlis minum petang bersama ahli keluarga dan sahabat terdekat pada hari yang sama di rumah ibu bapa saya di Ayer Itam, Pulau Pinang.
Kami memohon maaf kerana tidak memanjangkan jemputan ini kepada kalian semua kerana sesungguhnya majlis kecil ini adalah impian kami berdua sendiri dan kami mengharapkan kalian semua mendoakan agar semua yang kami rancang ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
Ucapan terima kasih untuk semua rakan-rakan yang juga tidak pernah jemu memberi nasihat dan dorongan kepada kami berdua selama ini. Akhir kata mohon agar semua dapat mendoakan kebahagiaan, kemurahan rezeki serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Diharap juga semua dapat memaafkan segala kesalahan kami yang disengaja atau tidak disengajakan dan menghalalkan segala makan, minum kami. Sesungguhnya, yang baik itu semuanya datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu daripada kami sendiri.
Yang benar,
Arshad & Ain
Okay, contoh nota manis di atas adalah yang paling teringkas. Tapi kalau ampa ada idea sendiri. Why not u olls ubah dan percantikan lagi. And share la dengan we olls. Sekian saja mesej Khidmat Masyarakat dari akak minggu ini. Janganlah hampakan kawan-kawan yang walaupun depa tak terhegeh sangat nak pi makan kenduri ampa tu, tapi sekadar ingin berkongsi kebahagian ampa.
ps/ tetap nak jeles kat ampa ampa yang buat small kenduri :(
Love,
Jumie Samsudin
Jumie, this is such a good idea! Sbb jarang la orang melayu kita nak buat benda nie. slalu chinese or western ppl ja.. terbaiks ah!
ReplyDeletekak Jumie, nak share dekat belog boleh?
ReplyDeleteKak Nadia....thank u so much :)
ReplyDeleteCik TTK haruslah share this around. Kita kena budayakan benda baik ni.
Mana tau esok esok kita semua tak bother lagi nak buat kenduri besar. Lagi kecik lagi bagus. Jimat duit tapi still kawan-kawan semua rasa happy walaupun kita tak jemput depa.
kalau nak share tu...jangan lupa promot belog akak lebih lebih ya...hahhah
aku pun ada prob mcm hang jugak...
ReplyDeletesbb impian aku nak buat majlis kecik2...tapi mak pak sure tak suka..bley la geng ngan abg manap...
Jumie! Thanks for the entry! Sebab kami pun dok pikiaq macam mana nak bagitau kat orang since kami nak buat kenduri guest 150-200 ja. Thanks again!
ReplyDeletesangat setuju lah kak! setakat orang biasa-biasa macam kite nie, kenduri kendara besar2 memang mampu, tapi lepas kawen mampus lah tanggung hutang..sangat tak like!
ReplyDeletekenduri kecik2 baru la like, sangat jimat dan bersederhana..eh!dah share, dah linkkan sekali..hehehe
http://tuanputrilimaukasturi.blogspot.com/2011/07/nota-manis-sempena-kenduri-kecil.html
thx kak Jumie,entry berinfo..boleh apply la mcm ni :)
ReplyDeleteboleh share kat blog saya x? nnt sy promote blog akak eh :)
Cik tata...yang ni yang buat akak sayang kat ampa ni...haaaaaaaaa silaa silaaaa
ReplyDeleteKelesss la CikTuanTanahKedaung....terkesima akak membaca ang suka baca akak melaser.
ReplyDeleteVery great ideas..Yup agree, not everybody bleh afford kenduri besar2 coz mcm skrg ni pun sume harga brg naik and nak buat kenduri pun a bit tough kan...
ReplyDeleteem..sgt stuju..
ReplyDeletemmg mnarik sgt kak info cmni..
Reena....welcome so much. I am so happy if ur family willing to let u have a small wedding. :)
ReplyDeletePerkongsian dan mengeshare link ini di page facebok ampa adalah amat digalakkan.
ReplyDeletehahaha..suka baca akak punyer belog santai gaya bercerita macam duduk sebelah2 je...
ReplyDeletekira dekat dihati lah..hehehe
Kalau jumpa depan depan...akak lebih manis ya........
ReplyDeleteBLUEKKKKKKKKKKKKKKK
Ehem, mcm kenal je mini postcard tuh.. Thanks sebab tampal muke kitorg kat belog kak jumie. :)
ReplyDeleteDoakan semuanya lancar!
Ehk.....Cik Erapazira masuk belog kiter. Thanks u olls. Welcome to the club :)
ReplyDeletewahh..i like ur post cik jumie ..meletops habes..=)
ReplyDeleteKelessssszzzz!!!
ReplyDeleteespecially untuk akad nikah memang seswai sangat!thanks kak Jumie!
Thanks Jumie pomot kiter di sini..
ReplyDeleteBtw tak pernah terfikir pun nak buat macam tuh saja2 jer photoshoot, so dah alang2 tu buatlah. Idea si dia..
Tapi tulah kan budaya kita tak jemput cam tak molek pulak, kalau annouce mesti depa pikir kita tak jemput, kecik hati..
So jemput jela..
kelaassss idea hang jumieeee.. i likeeee!!!
ReplyDeleteakak, kite copy tau.. thanks for sharing this!!! =)
ReplyDelete