11.5.10

Dear Kak Merr : Tensyen Sambung Study

Name: lolipop

Email Address: sweetbutterfly92@yahoo.com

Sila tuliskan persoalaan / luahan /  komen  anda di sini  :
Pas SPM dulu,  akak smbung study tak?
Saya tension la....matrix tak dpt...UPU pun tak dpt...sedih sgt2...

Date/Time: 2010-05-10 09:37:19 PDT
Sender IP: 124.13.149.26 [Malaysia] | i9a0tc8mjojagekn
Referrer:
http://jumiejumie.blogspot.com/


Jawapan  Akak  :

Ke hadapan adik lolipop yang akak sayangi. 

Janganlah berduka cita sebab tak sambung study ok.  Sekarang ini,  dah bersepahhhh maknusia masuk IPT dan Kolej.  Paling koman depa sambung buat sijil.  Awat hang nak sedih sebab tak dapat masok matrix.  Menuntut ilmu untuk berjaya bukan hanya sebab masuk matrix saja.

Itulah kesalahan cara pemikiran anak-anak muda zaman sekarang.  Samalah macam akak,  kalaulah dari dulu zaman sekolah akak diberi pendedahan tentang MINAT UTAMA akak dan apakah kecenderungan utama akak.  Dah lama pas SPM akak terus buat loan belajar,  sambung jadi Make Up Artist sambung belajar kat mana mana akademi and then pergi sambung kat luar negara ke apa.  Balik jadi Make Up Artist tip top kat Melesia ini.

Akak,  masa PMR dapat 6A.  Semua cikgu suruh akak masuk kelas Sains.  Padahal akak ni,  sains amatlah bodo.  Bukan bodo biasa.  Tapi bodo yang paling bodoh di dunia ini.  Nak buat macam mana,  tak semua budak budak boleh faham carta bahan kimia itu.  Tapi kalau hang bagi sajak Shahnon Ahmad masa tu,  dua kali baca akak boleh buat ulasan.  I really suka sastera and arts.  Tapi sebab dulu tanggapan "SASTERA TAK BULEH SAMBUNG BELAJAR" maka semua budak budak force diri mereka untuk masuk aliran sains.

Akak habis SPM cukup cukup makan.  BM, BI and MATH dapat A1.  Agama dan Sejarah dapat B.  Yang sains subjek iaitu Fizik,  Kimia,  Add Maths dan Bio akak dapat 4D.  Dah macam number ekor kan?  Pastu akak pun masuk politeknik buat Diploma Sains Kesetiausaan.  Akak suka jugak la course ini sebab glemer u olls.  Jadi setiausaha kan?  Tapi jangan tak caya,  antara kawan -kawan akak kat DSK,  POLISAS tu ingat Diploma Sains Kesetiausahaan ni adalah kursus SAINS!!  Siap standby bawak kalketer sainstifik masa semester 1 ok.  Kelessss....

Ini gambar akak masa grad dulu.  Keless........
Lepas Diploma akak dapat masuk kerja USM.  Alhamdulllah,  masa 2005 tu era Putrajaya baru bukak.  Memang kami semua takder pun yang jobless!  Semua ada kerja.

Sambil akak kerja kat USM ni,  akak dah ada duit sikit.  Akak pun mulalah bermain make up make up sampai sekarang.



So itulah kesahnya akak dalam meniti kerjaya akak.  U olls.....faham tak apa akak nak cakap ni?

Jangan la bersedih di pagi hari.  Baca belog akak kena senyum senyum dan gelak sampai terkencing.  Sekarang,  akak nak hang betui betui buat research apa yang hang nak  buat.  Apa yang hang paling minat.  Apa yang paling hang enjoy doing. And then try pikir dari minat hang tu,  apakah kerjaya yang paling sesuai.  Dan untuk dapat kerjaya macam itu,  apakah cabang-cabang institusi latihan / pengajian yang menawarkan latihan untuk persediaan menapak dalam kerjaya itu.

Noks...........akak harap semua mak mak dan bapak bapak kat Melesia yang baca belog akak ini amik iktibar la dari catatan akak ini.  Janganlah force anak anak kita ni nak dapat A semua!!  Cuba tau apa minat sebenar anak-anak dan garapkan bakat dia dari situ.  Barulah Melesia ini menjadi lebih maju dan kurang longgokan graduan takdak kerja.  Sebab semua budak budak sekolah,  mentaliti stereotype.  Nak berjaya kena amik sains stream,  masuk universiti baru boleh berjaya!!!  Padahal,  amik kursus menjahit dan fashion design kat IKM pun boleh terus berjaya jadi Fashion Designer ok!!  Yang penting work hard babeh!!

Sekian,  adik lolipop.  Akak melaporkan untuk TV Jumie.com.

2 comments:

  1. i truly agree with you. sebenarnya baaaanyak lagi opsyen lain kat luar tu selain matriks and uni ... kita kena bukak minda kita ... jangan terlalu ikut arus kalo tak mampu ... sakit jiwa beb! pj memang kesal .. zaman la ni semua kalo result kluar jer .. MISTI tanya ... berapa A? awat? kalo tak dapat A berderet tu tak da future ka? kira bodoh bangang ka? pi tanya balik si penanya soalan tu ... dia dulu plak dapat A berderet ka? kalo kita telitikan ... A=cemerlang ... B=baik ... so ... kalo B berderet ... maknanya kita still good tau! kesimpulannya ... adik-adik yang kot kot kiciwa dan meleleh ayaq lior tengok kekawan dah lapor diri masuk matriks tapi diri tak dapat ... its ok dear ... that's not the end of the world. carik opsyen lain ... kalo tak leh nak berlari berkejaran macam depa, kita boleh berjalan ... apa yang penting ... matlamat jangka panjang tercapai ... dan jangan lupa ... kita bukan buru kejayaan A berderet untuk hidup di muka bumi ni .. kita sebenarnya memburu Survival untuk dunia dan akhirat ... alahai ... jadik ustaah pulak aku ni ... disiplin diri untuk mencapai impian is the key to success ... first of all .. adik-adik la ni pi renungkan ... WHAT'S YOUR DEFINITION OF SUCCESS...

    ReplyDelete
  2. yeay! akak sumber inspirasi saya yang kedua lepas kakak kandung saya. =)) mekasih kak. doakan sy berjaya ya.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com