25.3.10

Dear Kak Merr : Tips naikkan badan

U olls.  Thanks for this email.  Akak terpanggil untuk membalas email ini dengan begitu gumbira.  Kerana selama ini,  ramai yang tanya akak camna akak kurus kan?  Sampai masuk majalah katanya.  Tapi hari ini,  i olls dapat email yang meletop dan lain dari lain.  Emailnya berbunyi demikian.




Name: Muzanny bukan nama sebenar
Email Address: muzanny@gmail.com
Sila tuliskan persoalaan / luahan /  komen  anda di sini  : 
Bila dan bagaimana dan mengapa i ni kurus sgt? kak mer, please buat 1 tajuk blog utk menaikkan badan. u know my weight just only 48kg!! and tinggi i 176cm!!  Please...buat la something.. and ask people opinion about this problem.
--
Date/Time: 2010-03-22 00:36:22 PDT
Sender IP: 60.50.107.132 [Malaysia] | i9a0tc8mjojagekn
Referrer: http://jumiejumie.blogspot.com/



Dr.  Merr menjawab  :




U olls. Tarik ...lepas....Ok. Mai nak cek tekanan darah. Okay. U olls. Ada amik dadah? Ada amik shabu? Isap rokok berapa batang sehari. Erm...u olls. Nampaknya u olls okay. Cuma metabolisma u olls terlalu tinggi. Tu yang makan banyak tak boleh gumuk. I olls jeles dengan maknusia spisyis ini.

Baiklah, akceli. Nak makan untuk gemok ada beberapa seni nya yang tertentu yang mungkin u olls boleh amalkkan dalam diet u olls. Ambillah penasihatan ini, dan cuba untuk sebulan. Tengok u olls buleh gemok ke tak?


Tukar dari suka makan jeruk kepada suka snack berlemak
Kalau dulu u olls suka makan asam-asam, jeruk dan snack yang memasamkan. Tukarkanlah pilihan makanan itu kepada cokelat bersusu, susu, Klaud 9, Toblerone, susu, sumi jelly, aiskrim, biskut Oreo, pinat butter. Cuba u olls try buat? Duk saja-saja kat rumah makan pinat butter saja-saja! Keless......Insya allah. Naiklah berat badan u olls dengan banyaknya.




Makan banyak daging dari sayur
Banyakkan makan benda berdaging. Kalau boleh janganla ayam atau ikan. Tapi daging lembu. Burger, steak dan lain-lain. Nak gemok kena invest lebih sikit. Kalau lunch, daripada duk jadi orang Melesia ja. Makan nasik ja. Cuba tukar opsyen, makan KFC, Mekdi, Chilis. Makan macam orang putih makan gitu. Selain itu, sumber protein yang lain adalah seperti telok rebus. Makan telur banyak boleh cepat gemok u olls. Susu pun!!!





Minum lah MILO!!
Ini memang amalan akak dari kecik ok. Sebab bapak akak adalah Duta Milo Semelesia. Dari kecik i olls memang suka minum milo. Tapi bukan saja minum milo. Tapi makan Milo. Tau tak makan Milo camna? I olls nanti ratah serbuk Milo saja-saja. Then i olls kadang-kadang amik 3 camca serbuk Milo, boh air dua camca, dan kacau sampai dia menjadi cokelat cair. Boleh makan dengan roti atau makan saja di depan TV.


Bersenam secara ringan-ringan saja
Jangan duk pi bersenam banyak-banyak. Kalau dulu amik membership gymnasium, so terus quit serta merta ok!!  Lebihkan naik motor dari berjalan kaki.  Kalau nak pergi kedai ke, rumah sebelah ke, amik barang kat pagar rumah ke, instead of jalan kaki. Startla motor dan naik motor ja.



Suruh orang lain amik barang
Kalau kat dalam rumah, u olls kena jadi macam sultan Melaka sikit. Kalau nak amik apa-apa barang, amalkan suruh orang tolog amikkan untuk u olls.



Makanlah setiap masa
Makanlah setiap masa u olls. Kalau boleh kat rumah tu, mulut itu janganlah berhenti mengunyah. Tapi yang paling penting ialah makan sebelum tidur, make sure u olls minum susu, roti, telur sebijik dan juga biskut Oreo.



Hormati makanan anda
Kalau boleh makanlah dengan semangat dan penuh selera. Nikmati setiap suapan yang masuk ke mulut u olls. Jangan macam kekwat, duk main-main dengan makanan. Duk tolak-tolak daging, tolak-tolak sayur. Kalau boleh belai dan sayangi makanan itu. Kemudian makanlah dengan lahapnya.


Makan apa yang orang lain makan
Kalau nak gemok cepat, kena makan ramai-ramai. Sebab kalau ramai-ramai, selera makan tu lebih bertambah. Dan kalau orang lain makan tak habis, jangan malu-malu. Tolonglah habiskan. Pastu kalau depa tak habiskan lagi, cepat-cepat tanya kat depa "Mai sikit nak rasa!" Kak Gamz suka buat macam ni kat akak. Sebab tu dia makin gemok sekarang. Akak pulak makin kurus u olls.


Makan jangan bazir!!!!
Ini adalah petua yang terbaik sekali. Kalau boleh makan bagi habis, jangan ada bakinya sebab tak baik bazirkan rezeki. Ini adalah pesan tok nenek i olls. I olls memang makan sampai lincin sepinggan atau mangkuk itu. Orang kalau tengok mesti kata "Halal hang makan!!" Tak seperti Cakcing, dia suka makantak habis. Sebab dia bela hantu raya. Saki baki dia makan itu, dia nak bagi hantu raya dia makan.




Sekian sahaja tips untuk menggemokkan diri dari i olls ini.  I olls amat menyokong usaha u olls untuk menggemokkan diri wahai Muzanny.  Kerana kalau u olls teruskan menjadi seorang yang kurus,  nescaya,  dari jauh,  akak nampak telinga u olls ja yang besar.

Sekian,  wasalam.

2 comments:

  1. amboii, ayat last tu yg tk tahan..
    smpai telinga kena bgtau!! cittttsss!!!!! btw, kak mer, thanks for the information!! i will kindly be please with food.. hehehe. nk malu ape kan kalau tnye pasal ni.. thank u so much Jumi!!!!! love u!!! mwahhhhhhhhhhhhhh!

    ReplyDelete
  2. kalau minum susu tetek boleh naik badan tak??

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com