22.12.09

Laporan Rasmi : Majlis Perkahwinan Zulia Yusak dan Zafrizan Zulkifli | Sebuah Memori Indah

U olls.  Betapa bizinya i olls ini dengan pelbagai aktiviti harian yang begitu pack.  Tapi i olls tetap akan menunaikan janji ku ini untuk membuat laporan terbaek sekitar majlis perkahwinan rakan-rakan baik ku yang terbaik.  Biarlah dah lambat post,  tapi yang penting,  lagi 10 tahun,  di kala Zulia mengalami masalah selulit dan bekas stretch mark yang ketara sebab banyak kali beranak kan,  pastinya akan merembeskan senyuman sorang-sorang apabila membaca article ini.

Gang Tangga German
Aku,  Zulia,  Haleesa,  Cakcing,  Dinie,  Zaferra and Aziya adalah 7 anak dara yang paling hot dan meletop kat kampung kami iaitu kampung Kebun Lama Penang.  AHAHAHA.  Kelas Kak Maria.  Kami memang tersangat rapat sejak kecik.  Dan bersama-sama mempunyai minat yang sama iaitu melepakkan diri di tangga German dan kami jugak mempunyai port lepak Shaikbucks kami yang tersendiri.  Memang itulah aktiviti kami setiap petang.  Apabila ada kelapangan,  kami semua suka bersama-sama memergi roadtrip.  Mandi air terjun.  Berkelah dan lain-lain.
Ini we olls masa memergi ke Bukit Merah.  I think masa ni tahun 2007 kot.  Akak rambut panjang macam red indian.  
Hari raya adalah satu-satunya hari yang kamiboleh gathering dan melaram dan pergi cekcur ke rumah kawan-kawan.  Seronot u olls.
Ampa jangan tak caya.  Kami ada our own Coffee Bean by Shake That Thing.  Memang kat kampung kami,  gang kami ja anak dara yang berani lepak sini.  And inilah meja feveret kami.  Kalau kadang-kadang,  kami sampai, meja ni tak bukak lagi,  abang Shake nanti suruh Fairos bukak untuk kami.
Ini pulak we olls tengah ketwok nak hiking untuk aktiviti berkelah di Taiping. 
Zulia Kena Risik
Kami semua mengetahui yang Zulia yang lebih mesra dengan panggil Kak La mempunyai BF yang bernama Ijan.  Pada suatu hari raya yang mulia,  kami mengetahui yang keluarga Ijan datang dari KL untuk beraya di rumah Zulia.  Tetapi kami semua dikejutkan bahawa kedua-dua pihak keluarga Zulia dan Ijan telah pun bersetuju untuk menikahkan anak-anak mereka ini secepat mungkin memandangkan kedua-duanya telah tamat pengajian dan telah bekerja.  Maka kami semua ketika itu,  amatlah terkejut tapi happy sangat.  Sebab kami tak sabar nak buat persiapan perkahwinan dia yang merupakan yang pertama dalam gang kami.  Nak buat baju sama la apa la.  Macam-macam. 
Zulia and Ijan - The Boifren and Girlfren


Malam Berinai Penuh Tragis
Kemeriahan perkahwinan Zulia mula terasa apabila kami semua mengadakan majlis malam berinai yang penuh tragis.  Mengapa tragis?  HAHAHA.  Sebab banyak benda yang berlaku.  Pada malam itu,  actually takder la malam berinai yang sangat meriah siap dengan Shahrukh Khan buat tarian pusing-pusing selendang.  Itu cerita lain.

Kak La - Pengantin yang sedang diinaikan.

Cakcing seperti biasa menjalankan tugasnya menitik dan mengukir henna di atas tangan pengantin,  manakala kami yang tak akan kawen ini pula sibuk eksaited pakai inai giling yang digiling oleh makcik India kat kampung kami ni. Mak Zulia bayar upah kat depa.
Aksi terlampau di atas katil pengantin sebelum sesi menginai bermula.

Seronot u olls.  Mak Yam,  Mak Cik Ani and Mak Cik Ani pun bersama-sama memeriahkan suasana.  Kami duk gelak dengan Mak Cik Ani yang pakai inai tebai gila kat ibu jari tangan dia.  Pastu dia kata,  ibu jari dia nampak macam orang pendek pakai selimut.  HAHAHAH.


Pastu aku suruh dia tolong letakkan inai bulat tengah kat tapak tangan aku.  Masa dia nak letakkan inai itu,  tiba-tiba guntilan inai itu jatuh ke lantai.
Kak Janz menunjukkan bulatan inai yang dibuat oleh Makcik Ani.

"Ya Allah,  Makcik Ani.  Apa petandanya ni?"  tanya aku dengan muka cuak.

"Jangan takut.  Ini tandannya, betui-betui anak dara ni,"  kata makcik Ani.  Kami semua gelak berguling.

Pastu yang tragisnya,  Aziya kena marah dengan aku sebab takpandai pakaikan inai.  HAHAH.  Sian betui la Aziya ni.  Selalu kena marah dengan aku.  Yalah,  aku ni kan kakak yang garang gitu.  Kena la jaga adik-adik aku ni agar nampak tertib sopan lemah lembut.  Macam aku la?  Pastu Aziya menangis.  Merajuk terus balik rumah.  HAHAHAHA.
Aziya - Mangsa tangisan malam berinai.

Pastu,  ada lebih trajis.  Pas aku dah siap memakai inai.  Aku pun terus mencarik port di dalam bilik pengantin.  Kunon nak tengok Zulia and Cakcing yang tak abih lagi membuat karya lukisan inai.  Sekali.....aku punya duk landing baik punya.  Terus lena atas katil pengantin.  Nasib baik kain cadar apa tak pasang lagi.  Pengajarannya,  lain kali.  Jangan jemput aku untuk majlis berinai kat rumah ampa.

Hantaran Semangat Penang
Asalnya,  i olls and Cakcing bercadang untuk membuat hantaran warna gold and merah.  Pastu terpikiak nak buat warna champagne pink and white.  Pastu entah macam mana,  apabila meniba di kedai membeli peralatan membuat barang perkahwinan.  Aku terus ternampak satu manik tali-tali yang berwarna turquoise lip lap anak mami u olls.  Pastu kat tepi tu,  aku ternampak pulak satu renda warna kuning cayer yang agak-agak macam nak jadi warna lemon yellow.  Aku terus macam tengok Cakcing and Taq.  Dua-dua macam setuju dengan warna itu. 
Ini adalah sireh junjung.  Tema ais kacang lebih gula.  Dibuat oleh Kak Janz.

Kami terus menelefon Kak La sepantas mungkin untuk mendapat approval daripada beliau.

"Aku tak kisah la.  Buatla asal cantik," kata Kak La yang teramat sibuk waktu itu yang menguruskan keluarga mentua yang bakal mendatangkan ke Penang.  Memang senang berurusan dengan Kak La,  dia tahu dia jauh di KL manakala kami di Penang yang berusaha dan bekerjasama menyediakan segala persiapan perkahwinan dia.  So dia tak pernah la macam nak kekwat ka apa ka.  Apatah lagi memilih.  Asal kita mudah buat kerja.  Dia setuju saja.
Gubahan buah yang tak pernah orang pakai seperti lemon,  jambu mawar,  nenas dan limau cina.  Ini semua Kak Janz punya idea!


Sebab itulah,  majlis perkahwinan dia berjalan dengan lancar dan relaks sahaja.  Berkat u olls.  Sebab tak susahkan orang.

Kami lah geng hantaran Penang!

Aktiviti last touch up untuk hantaran Zulia.


Dia ni hadir sebagai penyumbang utama rojak buah untuk semua peserta dan pekerja buat hantaran Zulia Wedding 2009.  Steady Kak Gamz!!

Pada mulanya,  kami tak perasan pun dua gabungan warna itu akan merembeskan semangat PENANG yang teramat sangat. Kelas Kak Maria.  So inilah antara gambar-gambar yang i olls nak share dengan u olls semua.  Hantaran ini adalah hasil kreativiti Cakcing yang sungguh gigih membuat hantaran ini selama seminggu tiap-tiap hari bila balik kerja.  I olls tolong sikit-sikit ja. Malas nak campur aduk idea. Nanti tak seragam.  Cewah.  Pandaila kau Kak Janz si balok.
Small details.  Setiap hantaran ada gambar depa dorang ni!!

So kalau berminat nak menempah hantaran dengan we olls.  Jangan lupa untuk melayari laman blog kami di The House of Red Gincu!!


Bunga Tangan Bertajuk "Rambut Kak Gamz"

Kami telah membuat satu bunga tangan yang sungguh unik khas untuk majlis pernikahan Zulia yang berjudul Rambut Kak Gamz.  Kami menggunakan bunga kekwa yang super besar dan jugak bunga dahlia pingpong yang diimport khas dari China. 
Zulia and bunga tangan "Rambut Kak Gamz"

Bak kata Zaha,  dari jauh,  hand bouquet ini kelihatan macam air krim.  Gila betui si Zaha ini.  Kami menamakan bunga tangan ini Rambut Kak Gamz kerana,  Kak Gamz ialah nama timangan Aishah a.k.a Jonet Aljuned yang diberikan nama Kak Gamz sempena rambutnya yang agam.  Agam bermaksud besar.  Contoh lain  :  Rumah Agam. 

Inilah aku,  bunga itu dan Kak Gamz.  Lani ampa percaya tak pasai pa aku pangge dia rambut agam?



Hari Pernikahan Zulia and Zafrizan
Majlis pernikahan pagi itu bermula seawal 8 pagi.  Kami memulakan sesi make up di rumah Zulia kat Gemas Road.  Tak susah memake up kan Zulia ini kerana dia seorang yang cantik.  Aku buat simple make up dengan eye shadow warna biru and yellow.  Zulia mengenakan baju kurung modern warna putih dengan kain kembang payung.


Untuk majlis pernikahan ini,   kami iaitu Gang Tangga German mengenakan busana serba hitam.  Aku lah yang tiba-tiba mengeluarkan idea pelik iaitu mengajak kami semua memakai warna hitam.  Ramai jugak mengomen kat Facebook album dan berkata we olls nampak macam berkabung kerana memakai hitam.  Tetapi yang penting.  We olls rasa,  memang kami berkabung kerana kami telah kehilangan one of our sisters - Zulia!  Sedih u olls

Masa kat masjid semua orang puji Zulia sangat cantek.  Especially,  bapak mentua Zulia.  Dia macam excited sangat dan berkata "Yeaa...yea...menantu aku cantek!"


Zafrizan yang selalunya paling 'lek' sekali masa hari itu kelihatan sangat suci dengan baju melayu serba putih.  Siries babe.  Aku pun macam sedih pagi itu.  Aku tak mau sembang sangat dengan Zulia.  Aku takut termenangih.  Pastu tengok muka Ijan aku terus rasa macam nak tergelak.  Sebab aku kenal Ijan ini adalah sangat 'lek'.  Aku doa agar semuanya berjalan dengan tenang masa majlis akad nanti.


Seperti yang kita semua harapkan Zulia selamat diijabkabulkan dengan Zafrizan pada 28 November 2009 dengan sekali lafaz.  Ijan menyarungkan cincin dan gelang emas sebagai tanda rasminya Zulia milik dia sekarang.  WAHAHAH.  Bapak Zulia yang menjadi wali dan menyaksikan upacara itu merembes senyuman yang amat besar sambil dengan kuat dia berkata "Ha...Lepas ni Jumie pulak,"  Memang satu masjid boleh dengar suara Pakcik Uchak.  Aku rasa sebab sumpahan itu lah kot,  aku terus kena proposed dengan En.  Khafi.  :)


Outdoor Session in USM
Selepas selesai majlis pernikahan di rumah Zulia yang disusuli dengan makan tengahari yang ringkas.  Kami bersama-sama pengantin telah memergi ke USM untuk sesi amik gambar.  Untung Zulia sebab mempunyai rakan-rakan yang mempunyai bakat yang besar dalam bidang mengambil gambar ini.  Walaupun penat dan dah sangat tak larat.  Tapi i can see Zulia and Ijan tak kisah pun.  Lek ja.  So haruslah...at the end of the photoshoot.  Kami bawak depa pi makan ICE KACANG SOW TOW LANE.  Dengan baju nikah ok.  KELAS KAK MARIA!!

Lihatlah betapa gigihnya photographer yang bertugas untuk Zulia and Ijan.  Siries babe!!  Agung pun takdak photographer macam depa ni.  Sungguh gigih.  Siap sanggup tidok kat tanah!!


Sesi Make Up Sanding Yang Penuh Gangguan

Akhirnya,  tibalah sesi terakhir pada hari yang dinanti-nantikan ini.  Aku dengan gigihnya dari 9am telah mensuruh kawan-kawan sekelian yang hendak mendatang tengok make up pengantin,  dan sapa -sapa saja yang nak tumpang make up untuk mendatangkan diri seawal 9am ke rumah aku.  Sebab kami ada Cakcing and Aziya yang jugak boleh memake up.
Nilah Nadia!!

Tapi agak seronok campur terganggu jugaklah sebab ada Nadia Khoo yang sungguh kecoh.  Deni memang lawak gila.  Tak berubah dari zaman sekolah menengah dulu. Dia yang amat popular dengan quote "YEBBA EWAH" duk kacau aku dengan macam-macam soalan.  Paling tak boleh belah,  dia duk kata "Aku pelik macam mana hang boleh jadi tukang make up?" 


Nasib baiklah aku dapat memake up sampai habis tanpa sebarang kecacatan yang ketara.  Lain kali ampa nak aku make up,  jangan amik Nadia buat photoshoot.  Aku akan sumpah ampa semua.

Zulia Yang Cantik
Zulia yang sangat cantik kelihatan lebih cantik dengan baju kebaya lace warna cream dengan bunga tangan daisy yang meriah. Kami semua amat bangga dengan kecantikan Zulia.  Memang aku sebagai Kak Andam merasa sangat bangga.



Inilah kali pertama aku menunjukkan bakat pada orang kampung yang aku sekarang ialah kak andam.  Yelah,  selama ini duk bagi perkhidmatan secara international jer.  KELAS KAK MARIA.


Astaka Jalan Terengganu - Lokasi Persandingan Baru
Dia dan Ijan disandingkan dalam majlis yang amat meriah di Astaka Jalan Terengganu.  Inilah kali pertama majlis perkahwinan diadakan di tempat itu.  Sebelum ini,  kami orang kampung Kebun Lama menggunakan tempat ini untuk majlis sambutan hari raya. Tapi kali ini,  meriah u olls. Aku rasa pasni,  mesti ramai orang kampung yang akan buat kenduri kat sini.  Apa dia?  Pasni u olls agak akak pun buat kat sini? Mana cukup u olls. Akak kan selebriti katanya.  Kak Janz and En.  Khafi akan kawen di stadium ok!!  Ingat Dato CT and Dato K jer boleh buat camgitu??

Kak Janz tengah lintas jalan.  Sangat hot kan?


Menu nasik kenduri pulak disediakan oleh Katering Penjara Pulau Pinang.  Memang sedap.  Especially the ayam goreng.  Aainaa sampai malam duk ingat.


Pengapit Pengapit - Miss Beca Penang Road 2009
Haleesa,  dilantikkan secara rasmi sebagai pengapit pada hari persandingan ini.  Dia kelihatan anggun dengan kebaya nyonya warna pink and kain batik.  Make up nya disempurnakan oleh Aziya.  KELAS KAK MARIA.  Paling meletop,  Haleesa telah mengenakan bunga ros di sanggul.  Trade mark ok.  Ampa Haleesa sangat cantik hari itu.  Kalau ampa nak tau,  Mak Yam iaitu mak Haleesa telah membisik kat aku yang ada orang kampung yang mai merisik tanya siapa gerangan anak dara Mak Yam ini.  Sudah berpunya kah?  KELAS KAK MARIA!! 
Haleesa dengan pose cumels. 

Kak Janz Serba Merah - Kak Andam Ferrari
Aku yang merangkap kak andam untuk pengantin telah mengenakan baju kebaya pesak labuh kain chifon warna merah yang ditempah khas untuk majlis ini.  Disesuaikan dengan kain batik dari Indonesia yang sungguh meletop.  Memang gaya aku yang meletop ini menyebabkan kemarahan para gang Georgian kerana aku mempaksa depa semua mempakai warna Baby Blue atau Pink.  Jawapan aku  : Ampa mana boleh sama dengan aku!  Aku mak ayam!  Bangsawan okay!!
Muka Haleesa sangat firasyat ok. Sepupu aku,  Tyra Banks pun tak leh buat muka cam dia!


Georgian Girls Yang Mengepi Kenduri Zulia
Alhamdulillah sebab bersempena hari raya Haji.  Ramai daripada gang Georgian yang batch kami telah dapat mengepi kenduri ini.  Seronot u olls dapat kumpul macam ni.  Meriah tak dapat digambarkan.  Kerana semuanya telah meniba dengan solonya dan memudahkan kami semua bergambar dan berposing dengan pengantin dengan penuh suka suki.  Sesungguhnya,  Zulia sangat beruntung kerana dia antara golongan terawal yang berkahwin dahulu.  Kalau sapa kawen lambat,  maka pastinya tidak dapat berposing semeriah ini,  kerana u olls semua akan datang bersama perut,  beg susu,  baby dan jugak En.  Suami.

Kek Kawen Angan Ku Musnah
First of all,  sebelum aku mencerita kisah kek ini.  Aku ingin meminta maaf kepada Haleesa secara terbukak kerana dia suruh aku keep it a secret.  Tapi sebenarnya dari awal,  mulut Kak Janz yang tak tau duk senyap ni dah bising kat semua orang bahawa kek kawen Zulia yang 3 tingkat itu akan disponsor oleh Kak Janz and Haleesa.  HAHAHAHAHA.  Yelah,  akak tak suka la nak suprise-suprise ni.  Ini kan kenduri kawen orang.  Nanti terjadi benda yang tak best.  Akhirnya,  kita jugak yang dipersalahkan.

Jadi,  maka tersebutlah kisahnya.  Memang nak jadi benda tak bestkan.  Kek yang kami tempah khas untuk Zulia telah menimpah musibah.  Kisahnya,  tukang buat kek yang kami tempah itu telah dimasukkan ke dalam hospital kerana demam denggi.

Dengan cuaknya,  Haleesa telah membuat satu tindakan yang sungguh drastik dan bijak laksana iaitu dengan mensuruh abangnya iaitu Jay untuk membuat kek kawen Zulia!  Mereka telah membeli bahan kek dengan secepat mungkin. Nasib baik,  kedai kek itu telah berbesar hati untuk memberikan kek yang telah dimasak itu kepada kami dengan percuma.  Tinggal nak hias sahaja.


Alhamdulillah. Akhirnya,  kek Zulia ini sungguh cantek hasilnya.  KREDIT tu JAY abang Haleesa.  Sapa nak tempah,  kena melalui kami di THO Red Gincu.  Komisyen akan diterima kepada Haleesa. Kelas Kak Maria.

Pemenang Pertandingan Tangkap Bunga Tangan Pengantin
Seperti yang dirancang,  pertandingan ini akan diadakan bagi melihat siapakah dalam geng kami yang mempunyai kelebihan dalam menangkap bunga tangan pengantin.  Keterror-an seseorang itu menangkap bunga tangan sebenarnya merupakan simbolik yang menunjukkan betapa seseorang itu memang senang nak tangkap jantans.  Maka tak hairanlah,  kalau yang menang ialah si Jonet Aljuned yang pendek ini.  Pelik kan?  Dia paling pendek sekali boleh menang.

Intan Haslina jangan kecewa.  Nanti masa Jumie kawen.  Kita kautim ok.  Bagi Intan leh tangkap.

My Sweetest Memories with the Pengantins
Mungkin u olls semua tak tahu.  Tapi aku nak bagitau.  So u olls semua janganlah sangat zeles.  Selepas pulangnya semua sanak saudara dan sahabat handai.  Kecuali yang tak tau malu lagi seperti Nonie dan Ina BooBoo yang tak tau bila lah agaknya nak balik,  maka aku melihat pengantin lelaki dan perempuan amatlah muka seperti sudah mengantuk inginkan disorong bantal.  Maka,  aku pun mengkata kat kedua pengantin dengan kuat,"Ampa penat kan?  Jom balik.  Pi mandi.  Tukak baju.  Pakai baju formal sikit.  Then mai sini balik,"  kata aku dengan penuh yakin.  Sesungguhnya,  aku rasa amat berkuasa dengan dialog itu.

"Boleh ka?"  tanya Ijan dengan muka 'lek'.

"Boleh!!," kata aku kat Ijan sambil kejip mata.  Nasib baik Zulia tak pasan aku kejip mata kat abang ipak aku tu.  Pastu aku pun mencolik kedua pasangan pengantin ini,  bukannya balik ke rumah.  Tetapi ke Mc Donalds Drive Through dan membelanja mereka meminum air Iced Lemon Tea Large.

Kesian kat depa.  Itulah sweetest moment aku bersama pengantin.


Ucapan dan Penghargaan

Thanks untuk Zulia and Ijan kerana sudi memberi kesempatan pada aku and Cakcing untuk menyemadikan beberapa sentuhan seni hiasan perkahwinan yang meletops untuk hari u olls yang bersejarah ini.  Kami amat menghargainya!!


Terima kasih kepada semua sahabat dan kawan-kawan yang sudi datang.  Hanisah,  Muizz and ibunya,  Badlishah dan adiknya,  Hafiz Renjong,  Zack and Hasrul Jelutong,  Fazli Saad serta isteri and anaknya,  Edros Wombose Zubir (sorry aku tak jumpa ang),  Zarif Kampung Makam,  Kak Zuraidah Sterno VC (yang merupakan makcik Zulia),  geng-geng Georgian,  geng-geng KLs Zulia yang terdiri dari Kamal dan lain-lain.  Thanks u olls semua.

Kepada pasangan pengantin,  Kak Janz ingin mengucapkan...cepat-cepatlah dapat baby! 

Sekian.  Terima kasih u olls.

ps/  Kak La...kami takkan hilang hang kan sampai bila-bila? From Jumie and Aleesa.  Nanti kami gadoh sapa nak jadi orang tengah?

5 comments:

  1. kelllas beb! hang mmg pandai mekap...pandai segala no! salute okey!! good job jumizah!! tu jubah hitam hang pakai beli kt mana??

    ReplyDelete
  2. Mmg besh baca laporan ni..kelas!Walaupun dalam bentuk tulisan, ceritera disampaikan dgn baik. Kalah Nona..huhu3.

    Aku bangga gak..terselit Katering Keluarga aku. (Jumie, Ina Catering la, bukan Penjara Katering)..Promo skek..hehehe..

    ReplyDelete
  3. jumie...hmmm sgt touching dan sgt la best nya...taniah!!!!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com