16.11.09

[Catatan Kembara] Cinta ku di Jengka 23

U olls! How are u? How's your weekend? Ada gi mana2 ke? Minggu lalu, aku telah pulang ke kampung halaman aku di Jengka 23, Temerloh Pahang. Mesti semua heran kan!? Sejak biler aku ada kampung di Jengka pulak. Sedangkan orang tau aku ni kacukan Bawean + Venezuela.

LIMA LELAKI DUA PEREMPUAN
Ceritanya bermula begini, pada ketika aku masih menuntut ilmu di POLISAS Pahang, aku telah mengikuti program Bakti Siswa Keluarga Angkat dengan warga Felda Jengka 23, Temerloh Pahang. Ku sangkakan, program 3 hari itu akan berakhir di situ sahaja. Namun, hakikatnya hubungan kasih cinta keluarga ku ini terikat sampai lani u olls!!



Inilah beg LV yang dibeli oleh Cakcing dengan harga RM14k yang aku gunakan untuk mengisi jeruk jeruk sebagai buah tangan untuk family angkat ku yang tersayang di Jengka.
Kisahnya, keluarga angkat ku ini Abah Saari and Mak adalah mempunyai 5 anak lelaki Kesemuanya. Anak sulong jer perempuan tapi dah pun kawen. Maka mereka pun meng-apply anak angkat perempaun. Dan alangkah beruntungnya, mereka mendapat Jumizah Samsudin sebagai anak angkat mereka.

Pada kali pertama aku hendak menyertai program ini. Memang aku eksaited gila. Living in a city of Georgetown, aku hanya kenal nasik kandak, Kassim Mustapha and char ko tiau. Aku pulak tidak pernah mempunyai kampung. Kerana grandparent blah Abang Manap telah pergi ke alam barzakh. Mana kala nenda blah Kak Ede tinggal di rumah pangsa penthouse di Juru.

Memang mulai saat itu, aku amat teruja dengan idea program anak angkat. Aku tak pernah
masuk Felda. So, bila tanya kawan2 kat POLISAs, macam2 la yang depa cerita u olls. Ada yang menakutkan aku!! Anjing tau depa ni. Bukan nak bagi semangat. Siap ada budak yang tarik diri at last minit. Because takut dengan kes, dirogol keluarga angkat!! U olls...haruskah aku takut u olls?! Ahahaha..kita tengok sapa rogol sapa! Ahahahah

Ada plak yang cakap, orang Felda ni pada asalnya, kerajaan hanya sediakan tanah and rumah kayu kecik jer untuk dijadikan tempat tinggal. So terpulang kepada pengusaha Felda tu sendiri untuk cantikkan dan besarkan rumah mereka.

Okay, inilah alamat rumah Abah and Mak di kampung. Untuk anda yang ingin menulis poskad ucapan. Dipersilakan.



U olls! Tapi...bila aku sampai rumah family angkat aku buat pertama kalinya!! U olls! Rumah ini lagi besar dari istana pasir aku di Penang ok! Ahahhaha. Siap ada Astro! Aku ingat lagi. Masa aku semester 3 kot, aku sanggup lari balik ke Jengka sebab nak tengok Final Konsert AF. Masa tu Zahid juara ok!! Aku memang minat gila kat Zahid.

Inilah pemandangan rumah keluarga angkat ku, gambar ni amik awal pagi. Nyaman jer u olls...U olls rasa kat Penang boleh ke rasa macam ni?


Tapi kami semua beradik2 mula menjadi rapat apabila aku tidak dapat membalikkan diri ke Penang untuk raya haji. Yelah, raya. Haji mana cuti panjang kan! So, bila semua berkumpul. Ditambah dengan Abang Mann yang mulut puaka itu yang sangat suka memerli aku. Maka kami semua, dengan tidak semena-menanya menjadi akrab dan rapat sampai ke hari ini. Dah hampir 6 tahun. Sekejab jer masa berlalu kan.

KISAH LIMA BUDAK JANTAN DAN SATU ADIK ANGKAT PEREMPUAN
Depa ada 5 anak JANTAN. Meh sini aku nak cita kat ampa semua pasai depa ni.
Ini aku and abang Man. Dia sedang cuba mengsmack down aku dari belakang. Tapi dia kalah. Pastinya kalah. Kuda kuda dia pasang tak cukup kuat untuk heavyweight champion like me!! Abang Man! Sudahhh!!!!


Yang first nama dia Abang Man. Dia dah kawen. Dengan Kak Siti yang sangat baik hati dan seorang kakak yang penyayang.


Inilah Kak Siti, asal dari Bagan Serai Perak. Last i olls balik kampung ialah untuk wedding kak Siti and Abang Man la.



Berbeza dengan Abang Man. Dia sangat suka perli orang. Gelakkan orang. Dan merupakan juara bertahan bagi Acara Rembesan Kentot Di Tepi Jumie. Siries...Abang Man mempunyai p*ngk*k yang ada sensor.
Raja KENTOT peringkat Pahang sedang pose-pose senget untuk mengeluarkan rembesan terpantas selepas memakan kek kawen.

Kalau dia tau, aku sedang mendekati. Otomatik dia akan "PROTT"!! Even masa dia tengah tidok, aku lalu tepi, nak amik charger. Dia boleh merembeskan kentot dalam keadaan terlena. SYABASS!!!! SYABASS!!

"Hai im Azril. U can call me Ayie," dialog budak Ayie yang sangat suka control macho. Padahal dia tak la macho sangat.

Yang kedua ialah Azril. Dia dah tunang dengan Suziyani Azura. Depa akan nikah and sanding tahun depan bulan April. Thanks u olls sebab sudi negotiate tarikh kenduri kat Jengka semata-mata nak bagi kesempatan Kak Janz turun. Sebab kalau amik ujung bulan April, Kak Janz nak turun Cambodia untuk mengadakan penggambaran filem seram pertama Kak Janz dengan Van Dissel di sekitar Angkor Whatt. Thanks Ayie and Sue.

Inilah Kak Janz and Sue. Kalau u olls perasan, muka Sue macam Dato Siti Nurhaliza kan? Yes...itu yang buat Ayie berkenan kot. And akak pulak....yes..Thanks u olls. Akak tau u olls akan kata akak kelihatan iras-iras Kim Kardashian kan? Thanks u olls. Akak tau u olls ikhlas.

Nanti aku make up hampa santek-santek macam Fieza and Wan ok!! Oh ya, sebelum tidak dilupakan. Dia juga mempunyai kebolehan dalam aksi-aksi Mengentot Ke Arah Kak Janz dengan Tepat!! Celaka betui...depan tunang dia sendir pun dia duk kentot aku!!

Pastu Wan. Wan dengan aku sama umur. Kira kami ni kembar angkat la. AHAHAHAHA. Wan ni pendiam. Dia macam relaks and cool.

This is Wan. My kembar and the pengantin.
Dia banyak backing aku kalau aku kena perli teruk oleh Man and Ayie. Tapi kadang-kadang dia pun sama seronot gelak kat aku. Celaka betui. Dia juga mempunyai bakat terpendam dalam aksi-aksi Merembes Kentotan. Tetapi, bakat dia itu dipendamkan sebab dia macam antara sampai hati atau tak sampai ati untuk kentut kat aku. Thanks Wan, sebab tak kentot kat aku. Aku tau hang kembar yang setia.

Tengoklah, baru puji sikit dah buat perangai!!! Nasib baik ada photographer yang bijak macam Jiji. Tengah aku rancak main Kak Berry, ang tengok sat dia buat muka berok mak ye kat aku.
Keempat seorang jejaka yang baru sahaja memasuki alam KEJANTANAN. Dia baru abih SPM. Azizol atau Jijon. Masa sekolah menengah dia active main sukan iaitu sepak takraw. Dia ni sama macam lebih kurang Wan la. Dia sayang aku.

Tapi kadang-kadang sebab kena hasut dengan Man and Ayie, dia akan menggelakkan aku dengan sukanya. Dia tidak suka kentot kat aku. Sebab dia takut, aku boleh fight dengan dia balik. So, dia lebih suka menampar j*b*r aku dan lari. Kenapa aku baru sedari yang adik beradik angkat aku amat menyukai bahagian belakang?


Jiji yang comels sedang pose pose suci untuk belog Jumie Samsudin.

Dan yang paling kecik sekali, walaupun sekarang dia dah FORM 1. Tapi dia sentiasa menjadi Jiji yang paling manja dengan aku. Masa aku first mai jadi anak angkat kat rumah Abah. Jiji baru darjah 2 ka macam tu. Walaupun hakikatnya, Jiji ni sangat cute dan suka bermanja dengan aku. Tapi pemikiran dan cara dia bercakap adalah sangat matang. U olls tau tak? Dengan dia, i olls boleh cerita tentang En. Duda. Tentang keadaan hati i olls sekarang.


Bersanding dengan Jiji. U olls semua jangan jeles ok. Anak ikan akak paling muda sekali. 13 tahun!!

I olls pun tak tau la macam mana boleh jadi open dengan dia. Selalunya sembang macam ni boleh menjadi hanya dengan kawan-kawan yang sebaya dengan kita kan? Mungkin Jiji ada kemahiran empati yang kuat, malah dia juga pandai mengajukan soalan yang boleh membuatkan hati kita merembes untuk meluahkannya. One other thing yang Jiji terror ialah, menangkap gambar. U olls. Most of the pictures posted in this article were shot my Jiji tau. Kami semua memuji Jiji malam tu lepas download all the pictures masuk dalam laptop Abah. Abah ada laptop ok! KELAS KAK MARIA.

Aku menggodam lap top Abah dengan meletakkan gambar aku sebagai wall paper di desktop. HEHEHEHEH....


"Sapa main Lap Top abah?? Mesti si budak gemok Kak Janz ni," kata Abah dengan nada siries. Aleh....Abah takkan memarahkan aku. ....kerana dalam semua anak-anak aku paling santek sekali dan paling banyak isi.
Tapi yang best, malam lepas yang Jiji kena puji baek nyer dengan kami sebab dia pandai amik gambar. Aku tidor dengan dia. Kat ruang tamu. Dia tengah-tengah. Ujung sana, Jijon. Pastu kami tolak la Jiji betul-betul masa nak tidor. Pastu Jiji mamai lalu berkata "Akak...kalau nak pakai kemere tu..takpala...amik laa!!"

Muka Jiji selepas kejadian berlaku. HAHAHAHAHHA

KAH KAH KAH KAH....Gelak besar aku dengan Jijon!! Mamai budak ni. Verver ngurat kakak mana la tu dengan camera dia. Nilah budak-budak sekarang, belum berjaya dah berangan besar kan??
Dan ini lah wajah suci murni seorang wanita bergelar anak angkat kepada En. Saari yang menjadi mangsa rakus dan bahan ketawa abang abang dan adik angkatnya.

MENJELANG PERSIAPAN HARI PERSANDINGAN
So, sambung balik. Cerita cinta ku di Jengka 23, Temerloh Pahang. Seawal tahun ini, Azuan dah call and booking make up dengan aku sempena majlis persandingan dia dan juga tunangannya yang merupakan junior aku kat POLISAS dulu.

Memang aku dah booking siap tarikh ini. Tak mau kacau dengan perkara lain. Dah hampir 4 tahun aku tak balik. Last aku balik masa Abang Man nak kawen dengan Kak Siti. So, lagi seminggu nak balik. Walaupun semua busy dengan tugas masing-masing. Kami semua adalah SMS-SMS and calling-calling.

"Hang jangan tak jadi turun pulak. Aku tak amik mak andam lain. Nanti bini aku tak bermake up," kata Azuan mengingatkan aku.

"Hang jangan tak balik. Hang kena balik. Nanti abah marah kami. Abah lagi sayang hang dari kami semua," Kata Azril! Yang ditugaskan untuk mengamek aku and Jiejah (yang kebetulan sepupu depa dari Teluk Intan) kat Temerloh apabila aku meniba nanti dengan private jet yang aku pinjamkan daripada Sultan Brunei.

Jiejah dengan pashminanya yang berbau pejabat baru.

Lapangan Terbang Antarabangsa Temerloh

Aku dan Jiejah meniba di Lapangan Terbang Antarabangsa Temerloh seawal 5.00am. Tak banyak berubah tempat ini. Walaupun dah hampir 6 tahun aku meninggalkannya. Apabila Ayie and Abah Saari sampai. Kami pun dibawa menaiki MyV Ayie yang santek macam Casa Impian untuk pulang ke Jengka. Dulu, takder highway lalu jalan Kampung Awah, mau nak sejam gak nak balik rumah. Namun, dengan adanya highway baru melalui exit Chenor. Dalam 30 minit dah sampai.

Persiapan majlis perkahwinan bermula seawal pagi Sabtu itu, walaupun kenduri adalah pada hari Ahad. Seluruh warga Blok 9 Felda Jengka 23 telah mendatang ke rumah kami seawal 6.00 pagi untuk menyiapkan kerja-kerja kenduri seperti memasang tempat melapah daging, mencuci dan menyusun barangan masakan, membuat kuih muih dan pelbagai lagi.


Gambar yang dirakam oleh Jiji ketika jiran tetangga sedang sibuk membuat persiapan kenduri di sekitar halaman rumah.



Aku menjadi buntu. Ke dapur penuh. Di belakang penuh. Di depan penuh. Di tengah penuh. Semuanya dah sibuk buat kerja. Semua macam dah tau tugas dan kerja masing-masing. Tapi yang paling meletop, u olls.....sekarang ni Mak dan Abah dah ada tambahan 3 menantu perempuan. Tak macam dulu, kalau aku turun Jengka akula penolong utama Mak di dapur. Sekarang ni, Mak ada 3 pembantu tetap yang telah disign contract! So aku apa lagi.............."Mak...i olls tidur kejab la..letih ni!," kata i olls pada Mak i.

"Tidur la Jue...nanti lunch time Mak bangunkan!" kata Mak dengan bahasa orang putih ok.
"Tidur la Jue...nanti lunch time Mak bangunkan!" Yahoo...mana nak jumpa Mak angkat macam ni wehs! AHAHHAHA....Aku pun memang kebetulan amatlah busy and hectic minggu itu. Tak cukup rehat. Maka...inilah masanya aku menidurkan diri.
Memang sial lah sapa yang amik gambar ni. Aku rasa mesti Ayie. Tak kisahlah, aku tau memang lain bonar muka aku masa tidur. AHAHAHA...Aku kan Princess Fiona. Masa tidur, aku tukar jadi SHREK. AHAHAHAHHAHHA
Apabila petang, suasana makin ramai dan menghiburkan. Wak Kailan, in house DJ and Announcer kat Jengka 23 telah meniba dengan segala peralatan PA System dan Karaokenya. Wah...seronot u olls. Sambil bekerja dan membuat persiapan kenduri. We olls semua telah dihiburkan oleh para penyumbang suara yang berada di situ. Dan pastinya, pada petang yang mulia itu bermulalah Konsert I Am Kak Janz peringkat Jengka 23, Temerloh Pahang. Masuk adalah percuma.
Wak Kailan, in house DJ and Announcer kat Jengka 23 dengan topi STYLLO


Aksi Kak Janz yang sedang menantikan lagu dimainkan.

Wehs, ampa pasan tak budak budak laki kecik tu semua tengok kat mana? Anak mata depa focus kat mana? Siot betui....AHAHAHAH...Kecik-kecik dah merembes dengan lentikan Kak Janz.
Kak Janz and pengantin perempuan, yang sungguh rajin. Walaupun dia permaisuri. Tapi buat kerja tak berhenti ok. U olls semua patut contohi beliau. Membasuh. Mencuci. Mengelap. Menyapu.

Petang itu, aku mengikut Kak Siti and Man ke pekan Temerloh untuk membeli beberapa barangan untuk buat packing hadiah for cabutan bertuah dan lain-lain. Dan selepas itu, kami singgah di Pasar Malam Temerloh. Aku tak beli apa-apa, cuma mata aku seronot tengok macam-macam and jari aku merembes sambil menangkap gambar-gambar menarik untuk u ols.
Serai ni semua, memang di datangkan khas dari kebun persendirian. So memang fresh ok.

Teka udang ni harga berapa sepinggan? Ni udang galah ok!! RM5 sahaja!! Sumpah! I olls tak tipu. If tipu, satgi Kak Janz kena panah petir.

Kalau membeli cili padi or kulat kat sini, depa tak pakai timbang kati ok. Depa sukat ikut tin susu. I think satu tin tu baru RM2 kot.
Pada malam sebelum majlis persandingan. Kami semua berkumpul di rumah, yang ada hanya kami satu family dan juga keluarga Ude, iaitu abang Abah. Dia seorang yang sangat fanni. Dia dan abang memanggil aku Budak Gemok.

UDE yang fanni.
Walaupun dia suka memanggil aku Budak Gemok, tapi pada hari kenduri. Dialah orang yang paling risau sebab aku tak makan. Dia yang amik pinggan, ceduk nasik and cuci tangan Kak Janz before i olls makan. Tengok punya sayang Ude aku ni....kan?

MAJLIS PERSANDINGAN AZUAN NAUZAS AND SHUHAFIZA SHUHAILY

Setelah bersiap berhari-hari bagi meraikan pasangan mempelai, maka pada tanggal 8 November 2009 seawal 6.00 pagi semua orang kampung telah berkumpul di rumah Abah. Macam kita semua kat bandar kan, kalau nak masak nasik kenduri selalunya kita buat malam kan? Masak nasik jer mungkin pagi hari kenduri tu. Tapilain resminya bagi masyarakat Jengka 23. Pagi itu baru start masak u olls. Meletops. Tapi tak dinafikanlah, semangat tolong menolong dan kerjasama amat kuat antara jiran tetangga malah semua jiran tetangga ni dah umpama adik beradik sendiri ok. Memang seronot sangat menengok mereka membuat kerja.

Khemah-khemah utama yang telah tersedia dan dihiasi dengan kain-kain merah and putih.


Pelamin serba merah and putih and silver. KELAS KAK MARIA.
Ini aku dan Persatuan Wanita Blok 9 Jengka. U olls...tak sangka aku tersama colour dengan they olls semua ok. KELAS KAK MARIA. Tapi yang bangganya, they olls semua kenal dengan i lagi. "Ini lah Jue, anak angkat POLISAS dulu," OF COZ la they olls ingat. Sebab rasa-rasa dalam semua anak angkat program tu, aku jahh yang masih mendatangkan kembali ke Felda Jengka 23 ini walaupun dalam jarak masa yang lama. Mak Ummi, Jumie support u olls semua! I love u. Mak Ummi is the lady tepi i tu. She is the Ketua Wanita.


Jam 10.00 am, I olls and Jiejah telah memergi menyiapkan pasangan pengantin di rumah Mak Ummi. Mula-mula make upkan Shuhafiza. Muka dia iras-iras Liyana Jasmay ok. Akak suka sangat. Fieza jugak seorang yang relaks and tak cerewet. Senang nak mandrem and make up dia. They olls memilih untuk memakai busana songket maroon untuk majlis di Jengka 23. Pilihan yang amat tepat u olls. KELAS KAK MARIAA....

"Kat mana pinggang hang ni Wan?" tanya aku sambil membebel.
PENARI KEBUDAYAAN

Seronotnya dapat make up. Tak sangka Wan mempunyai keinginan yang tinggi dan kutika puriyana sangat untuk dimake up kan!!

LIYANA JASMAY in the making. Suka sangat bekerja dengan Puan Fieza ni, tak banyak songeh. Kulit pun santek. Senang nak make up u olls.

"Jangan kacau aku masa make up ok!!!" u olls.....kenapa lidah akak beraksi kingki ni.
POST KAK JANZ UNTUK SEMUA PEMBACA BELOG JUMIE SAMSUDIN.

Then pastu baru siapkan di Wan. Budak ni kutika puriya sangat tau bila nak make upkan dia. Aiiyoo....baru aku tau itulah perasaan dia selama ini. Tak sangka noks. Tapi ok la, sebagai raja sehari kenalah memake up sikit muka beliau agar nampak fresh and JAMBU!!


PASANGAN BAHAGIA. SAMA CANTIK SAMA PADAN.
(Yang lain-lain jangan makan ati ok)

Meriahnya kenduri di Jengka 23 ni tidak kurang hebatnya. I rasa memang sangat meriahlah. Macam kenduri Noks kat Wangsa Maju. Tapi ini, kategori kampung halaman. Siap dengan mercun. Upacara baling cokelat kat budak-budak. Pertandingan karaoke. Cabutan bertuah. Dan macam-macam lagi. Walaupun macam banyak aktiviti kan? Tapi actually u olls. Para penonton, bapak-bapak ibu-ibu yang datang seawal 11.00 pagi. U olls tau tak....3pm kenduri dah clear ok!!!!!!!!!!!! 3.30 pm tu tinggal we olls adik beradik jer bersuka suki di meja pengantin. Kalau kat Penang......JANGAN HARAP lah. 5.30 petang pun ada yang gagah mai KETWOK mai kenduri ok!

Sessi menghabiskan lauk pengantin bersama ahli keluarga.
CABUTAN BERTUAH yang dibuat oleh pasangan pengantin.


Dapat la jugak bergambar dengan pengantin. Semua sibuk dengan kerja masing-masing. Ada yang tak sempat tau.


Pengantin menyumbangkan sebuah lagu untuk semua tetamu yang hadir.
I think itulah saja cerita yang i olls nak kongsi bersama u olls sepanjang di Jengka 23 ini. I olls amat sayang pada mereka-mereka semua. Pasni, i olls akan ke sana lagi tahun depan, INSYA ALLAH before i olls terbang ke Cambodia bagi meraikan majlis perkahwinan Ayie and Sue.
COMING SOON - AYIE AND SUE! APRIL 2010

NOTA SEDIH BUAT CINTA KU DI JENGKA

Memang berat hati ini hendak meninggalkan hati ini hendak meninggalkan kampung halaman ditambah pulak, yang lain-lain masih lagi stay kat Jengka. Depa cuti lama lagi. Tapi aku kena pulang ke Shah Alam kerana ada tugasan besar pula. Iaitu menshooting bersama Karangkraf. I olls tak citer sungguh-sungguh kat depa, ang tau la mulut Abang Man tu. Kira nak malaser aku jahhh....So hopefully, nanti dah published, aku akan terus mengepos satu naskah ke rumah Abah di kampung. Pastinya, bila aku dah balik, semuanya akan mendiamkan diri dan sunyi kerana bahan untuk mereka perkotak katikkan telah pulang ke jalan yang benar.
Sesi mengira duit kenduri u olls.

Memang dah terbukti, masa malam Manchester United kalah 1-0 dengan Chealsea tu, HAHAHAHAHA....depa semua sunyi sepi di ruang tamu kerana aku sakit kepala dan menidurkan diri di dalam bilik. Sampai aku dengar di luar mereka asyik bertanya "Kak Janz mana Kak Janz?"

Last-last depa pancing aku mee goreng panas-panas yang dibungkus khas untuk memaksa aku keluar bilik dan lepak bersama mereka di luar. TEKTIK KOTOR!!!!!! Tapi takpa....aku telah mempaksa Jijon urut pala aku sampai aku terkentot.


Kenangan ni semua u olls. Rasa amat terhutang budi dan berterima kasih. Susah nak bayangkan macam mana, yalah. Kita ni orang luar. Bukan anak, bukan menantu. Cuma budak gemok yang kuat makan tapi sangat santek orangnya. Layanan baik dan dah macam adik beradik ni, hanya Allah yang dapat membalasnya.

Gambar ini diambil semasa breakfast terakhir bersama. Cucur bawang. Ubi keledek rebus. And lauk kenduri.


Aku tak dapat nak bagi apa-apa balasan. Kecuali doa agar Allah merahmati keluarga Abah and Mak sekeluarga, sihat and murah rezeki selalu. Sedih u olls....
Dalam bas di Karak Highway menuju ke Kuala Lumpur. Hujan tak henti menitis. Tanda hati pun sedang merembes.
Sebelum i olls lupa, nak buat ucapan untuk pasangan pengantin. Wah......KELAS KAK MARIA.

To Wan and Shuhafiza, akhirnya u olls kawen jugak kan. Inilah yang dikatakan kalau jodoh tak ke mana.

Aku mendoakan kebahagian and kesejahteraan rumah tangga u olls agar kekal dan happy sampai akhir hayat. Dikurniakan zuriat yang cumels cumels and soleh.

U olls cepatlah beranak ok. Jangan tunggu-tunggu. Rezeki anak u olls. Semoga u olls berdua sihat tubuh badan dan murah rezeki selalu.

Jangan notty-notty dah pas kawen. Notty antara u olls berdua sudaa. And jangan lupa, DOAKAN KAK JANZ PULAK NAIK PELAMIN PAS NI OKAY!!!

Selamat Pengantin Baru. Maaf Zahir Batin.
Terimalah pose istimewa bertajuk "Badan Ku Ringan Umpama Kertas" dengan ucapan ampa akan dapat baby cumels macam Jumie Samsudin.


ps/ Im gonna miss them so much!!

3 comments:

  1. puas iols baca uols punya blogpost kali nie...hehehe

    ReplyDelete
  2. jumie...aku kenai sgt wan tu...sah2 la dia classmate aku masa form 1....

    ReplyDelete
  3. jumie,aku kenai sgt mamat yg bernama wan tuh...sah2 la dia tu exclassmate aku masa form 1...safar a.k.a sparq terebuzzoo........

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com