9.10.09

22 Tips Ubati Hati Putus Cinta by Jumie Samsudin

Wah....mesti ampa rasa teruja kan bila baca topik post untuk hari ni u olls!! Tapi mengapa 22?? 22 adalah jumlah hari yang diperuntukkan oleh hati, jiwa, fizikal dan akal aku untuk betui betui melupakan dan melepaskan sisa sisa kasih untuk Encik Duda. Tarikh keramat 9 September 2009 tidak dapat aku lupakan babe. Seumur hidup aku. Tak sangka, tarikh yang paling ONG itu pulak yang dipilih oleh Encik Duda untuk menceraikan aku. Aku secara rasminya pulih pada Jumaat, 2 Oktober 2009. Dan selepas 1 bulan, 9 Oktober 2009 aku dengan rasminya dapat berkongsi tips BEST ini untuk ampa semua.

Tapi, kawan-kawan ku. Bukan mudah untuk aku lalui dan hadapi semua ini. Setiap kali kalian mengucap takziah dan melontar kata-kata semangat pada ku. Hakikat, pada ketika itu juga hari aku makin disiat dan anak mata ku makin pantas merembes titisan kristal kecil. Aku rasa macam mahu berlari. Aku rasa mahu terbang. Aku rasa mahu menyelam. Aku rasa mahu sembunyi.

Bukan mudah untuk menghadapi semua ini apatah lagi, sebagai seorang selebriti. Kisah peribadi memang menjadi bualan panas semua pihak.



Suara dari belakang pentas : KEPALA HOTAK HANG ARTIST! SELEBRITI KUNON! AWAT HANG TU SAPA? PENYANYI? PELAKON? HANG TU KERJA KULI KERAJAAN JA. DUK PERABIH DUIT USM PAKAI INTERNET MAIN FACEBOOK. ARTIST KUNON!! SAPA SURUH HANG DARI AWAI DUK CERITA PASAI KISAH CINTA HANG TU KAT SEMUA ORANG. KONON HANG BEST LA SANGAT KAN?? TENGOK LANI....BEROK TU TINGGAL HANG....LANI SAPA BERUK ???

HANG LA BEROK!!


Jumie : U olls.....sapa tu? Sapa tu? Suara sapa yang menganjengkan aku tu. Sudahlah...aku tak kisah lah ampa nak kata apa pun u olls. Yang penting, aku tak hipokrit. Aku jujur. Aku buat apa aku kata. Memang pastinya ramai tertanya-tanya, mengapa aku sungguh berani menceritakan semua ini untuk tatapan semua? Bukankah semua ini patut hanya disimpan di dalam benak hati ku.

Actually, terpulang pada individu lah kan? Yang penting aku ni cerita takdak selindung punya. TAK SUKA PROPA. WHat u see is what u get. So kalau ampa sudi dengar....bacalah. Kalau tak suka. TUTUP...jangan mai jengah belog aku ni lagi. OK!!

U olls....tengok lah...Kak Janz membeletiak lagi......

Tak mau sedih sedih ok. Sekarang ampa semua tengok aku macam mana? Dah sihat kan? Dah ceria kan? Makin cantik kan? Makin seksi, makin laris, makin HOT!!


Inilah gambar terbaru aku keluar cekcuran di Gurney Plaza ketika menshopping barang make up bersama gff aku yang bernama Neina BooBoo. KELAS KAK MARIA!!

Dan nampaknya semua telah kembali normal dan aku telah mula mengorak langkah sebagai antara wanita tercantik di dunia tanpa rasa gentar dan ragu-ragu lagi. (ANGKAT BAKOI ANGKAT BAKOI)


Oleh itu, aku ingin berkongsi 22 tips DO and DON'T untuk ubati hati putus cinta!!

  1. Bagitau semua rakan-rakan rapat, keluarga dan sahabat tentang masalah u olls ini. Dengan cara ini. Dorang semua akan sama-sama bagi support kat kita. Kalau u olls tak bagitau. Depa pun tak tau.....depa bukan ahli sihir boleh baca hati u olls. OK?? Kalau u olls memang jenis perahsia. Its ok...at least u citer kat somebody yang paling close to you. Ur sister? Ur BFF? Sebab bila u dah cerita.....u rasa lebih lega.

    Hai Jumie....we olls duk baca belog u olls!!

  2. Tukar nama lelaki tak guna tu kat telefon u olls dengan meletakkan nama nama yang memuaskan mata u olls bila memandang! Contohnya LELAKI TANPA JANTINA, PENGECUT, CELAKA, MUSIBATTUNMUDAWARAH, PUNDEKS, ANJING JANTAN dan pelbagai lagi. Jangan delete...sebab ala...kalau delete pun tipu!! U olls hafal number dia kan? AHAHAHA....
  3. Buang semua gambar dia dalam HP u olls!! Tak guna nak simpan lagi k.
  4. Delete semua gambar dia dalam Facebook, Friendster or Blog u olls...buat apa nak simpan lagi. Muka dia bukan hemsem pun (cewah...dan dan....tulah dulu sayang sangat!)

    Dah jangan kutuk aku lagi...nanti aku PENGSAN macam KAK SENDUK kena hempap pintu almari!!

  5. Jangan buang gambar dalam hardisc or PC or laptop u olls. Jangan buang tau. Sebab mana tau nanti u olls nak saman dia ka apa ka, u olls ada semua bukti tu. So u olls, simpan semua gambar tu masuk dalam satu CD ka, pendrive ka. Pastu u olls bagi kat kawan u olls and kata "Hang simpan ni semua...aku tak mau tau benda ni. And jangan bagitau aku kat mana ang simpan!!"
  6. Delete semua lagu yang u olls letak dalam HP yang membuatkan u olls ingat kat dia. Contohnya, lagu tema cinta u olls dan dia. Macam i olls...lagu yang i delete tu ialah Los Lonely Boys - How Far Is Heaven. Lagu tu ialah lagu yang kami sama-sama dengar masa last honeymoon kat Johor u olls. Atau dalam erti kata lain, u olls....jangan langsung dengar lagu lagu yang boleh memprovoke u olls dari mengingati beliau. Tapi dengarlah lagu-lagu PEREMPUAN KUAT SEMANGAT! Akan diterangkan dalam article yang seterusnya!!
  7. U olls...nangis la sepuas-puasnya.......jangan simpan ok. Takpa. Selagi u rasa, kalau u simpan dalam ati u ...lagi sakit kan. So u olls nangis la. 22 hari u olls...i standby towels kat ujung katil. Ini memang untuk i olls lap muka bila malam-malam tak buleh tidok nangis macam orang gila!!
  8. U olls ingatkan semua benda tak elok tentang diri dia. Contohnya : dia suka marah u olls. Dia kata u olls bodoh. Dia banyak hutang. Dia kentot busuk. Dia tak suka mandi malam. Dia menari macam Mr. Bean. Dia tak suka layan citer Tamil macam u. Dia suka marah u depan orang ramai. Dia tu LOSER!! Dia ada perempuan lain. Dia panas baran. Dia tu bodoh sombong. Dia tak pandai bercampur dan bersosial. Dia tak pandai masuk majlis. Dia kerja tak best. Dia tak pandai cakap English.

    Dia takder gaya. Dia tak reti nak ingat warna kegemaran u. Dia selalu suruh u diet...padahal dia pun gemok. Dia selalu suruh u buat benda tak best yang membuatkan u rasa menyesal now!! Banyak lagi ni....Duit pun takdak u olls....anything la...u olls yang lebih kenal dia kan??
  9. Kutip semua barang dia bagi kat u olls. Cincin, rantai, baju, buku, key chain, perfume (kalau ada lagi...simpan la...kalau tinggal botol ja u buang), cap, surat cinta, kad ucapan, cermin mata, kasut, jam, selendang, kerongsang, semua tu u olls kutip. Then u bahagi kepada 4 bahagian. SIMPAN ; RETURN ; SEDEKAH ; BUANG!! Benda yang u boleh simpan ialah barang yang mahal mahal ni u olls...macam rantai ka apa ka...dah itu dia beli kat u kan? Takkan pulak nak bagi balik u ols. Kalau kata benda tu pulak emas u olls...haruskah nak bagi balik...HAHAHAHAHAHHA. Benda yang u boleh return ni ialah macam maybe contoh, cap dia beli kat u dulu. U bukan pakai pun. So bagi jer la kat dia balik. Kot kot dia rasa hemsem bila dia pakai. Sedekahkan pulak barang-barang yang u rasa u tak mau pakai...tapi elok lagi. Dan BUANG...u tau la kan?? Tapi macam i? I buang semua u olls.........siap ada istiadat ok!!!!!

  10. SMS dan hubungi kawan-kawan lama yang u olls lama tak contact. SMS or call dorang. Jangan cakap pasai cite u olls yang sengsara tu. Nanti dorang kata "Celaka deni...lama tak contact aku...tiba tiba carik aku semata-mata nak citer kisah sedih dia!!," Kalau kita terkena macam tu. Kita pun marah kan. So u olls....contact la kawan-kawan lama u olls. Macam aku pun, aku contact ramai kawan POLISAS aku. Ada yang dah kerja. Ada yang masih belajar. Ada yang jatuh sakit, sampai cacat kekal. Sedih u olls...betui. Aku sayu....So its a good thing kan? Kalau u olls duk mabuk cinta. U olls pun tak tau tentang kawan u olls tu.
  11. Kalau u olls rapat dengan family boifren u olls tu. Jangan lupa, call family bekas kekasih u olls untuk bagitau hal ini. Tak perlula u olls nak bagitau details mengapa u olls putus dengan anak dia kan. Just cakap, u olls dah tak sehaluan lagi atau dah tak der jodoh. Sebab macam mana pun, u olls kena ingat. Kita orang luar. Kita bukan sapa sapa pun. Walaupun kita adalah inesen hanya Allah yang tahu...tapi kot mana pun...mesti kita beking anak sendiri kan?? Jangan lupa mintak maaf ...dan minta halalkan makan minum. Dan kalau boleh, jangan la putuskan tali silaturrahim u olls tu begitu jer.
    Yang HANTU anaknya, bukan EMAKNYA. Ok?? Mama...i love u!!
  12. U olls dah puas menangis beberapa hari, so u olls kena stop jab. And try kuar jalan-jalan and lepak dengan kawan-kawan u olls. Atau carik kawan baru. And gi kuar buat aktiviti yang u olls tak pernah buat sepanjang u olls kapel dengan dia. Macam contoh, dari dulu dia tak pernah bagi u permission nak memancing ikan di waktu malam. Sebab dia kata...tu aktiviti lelaki. Bahaya...so u olls buat la now!! Best kan? Macam i olls...apa lagi? Tentulah CEKCUR...penat u olls jadi wanita setia. Sekarang dah janda tibalah masalah bercekcur ni...banyak lagi jantanz elok elok kat luar tu. Lagi elok dari laki hang tu pun ada ok!!

    Tapi aktiviti paling perempuan suka...of course la...SHOPPINGG!!!
  13. JANGAN CALL ATAU SMS EX BOIFREN U OLLS TU. Even if dia SMS u olls dulu.....please jangan layan cepat-cepat. Ini adalah kesalahan yang i olls buat. Sehari pada cerai pada 9 September 2009. Kami berSMS semula. Dan still sama sama nangis sebab kunonnya sama-sama masih rindu u olls. Haruskah? Benda ni actually meracunkan aku lagi! Aku jadi gilaaa tau pastu!!! Sebab aku tak tau apa sebenarnya STATUS hubungan kami ni! So u olls kena tegas ok!!! Jangan jadi macam aku!!
  14. Cari dan kenal pasti sebab mengapa perhubungan terhenti di sini. Adakah dia betul bersalah? Atau sesuatu yang u buat...yang dia tak suka. Dan sebab itu korang berpisah. Apa alasan yang dia citer kat u olls? U rasa dia cakap betui ke tipu? Atau dia tak cakap langsung dengan u? Kalau laki tu ada TELOK dan K#TE dia akan berani jumpa u, cakap dengan u. Apa reason dia nak putus. Dia minta maaf. Dan dia sanggup terima apa juga hukuman memandangkan dia dah rosakkan hubungan yang u olls dah bina. Kalau laki tu takdak TELOK dan K#TE, dia akan menipu u olls. U ols dah kawan dengan dia, 1 tahun lebih. Hari hari duk cakap and SMS dengan..pastinya bila dia bagitau alasan dia tu. Pasti u olss dapat rasa dalam hati, dia ni cakap betul ka tipu!!

    Dalam kes i olls....Sorry la Encik Duda kalau aku terpaksa cakap macam ni. Masa mula-mula dia putus dengan i olls, dia bagi alasan A. Then i korek korek cita...rupa-rupanya ada kisah B!! Then, I carik-carik jalan i tau tentang kisah C! Tapi, sebab kita buat semuanya secara ikhlas. Kita niat nak betulkan diri kita dan tak mau benda buruk terjadi...i olls tak putus asa! Akhirnya....bila i olls dapat jawab terakhir..baru i ols rasa lega hati. Dan pada ketika itu, aku tau...inilah jawapan yang aku carik carik selama ini!!! Then baru i diam....i tak kacau sapa sapa dah.

    Yang penting i olls tak bersalah. I olls inesen dan suci dan hot!!!
  15. Mintak balik apa saja barang kepunyaan u yang berharga yang dia tengah simpan. Haa...kes ni banyak yang kena naya kan? Tulah sebab sayang sangat kan, harta i harta you jugaks!! Banyaklah kau punya taik!! Penat kau merembes mencari duit lebih......dia sedap sedap cekcur dengan Kak Tina kan? Pastu ada pulak kisahnya, Kak Tina yang bercekcur bersama Encik Duda telah menyekolahkan aku dengan berkata

    "U salah Jue...sebab u dah ajar dia dengan duit. Memang u salah. Sebab tu dia pijak u. Walaupun you loaded. U patut rendah diri. Macam dengan i, i tak pernah ajar dia macam tu. Selama i kuar dengan dia....i tak pernah kuar sesen pun," kata Kak Tina gf baru Encik Duda.

    Aku sentap jugak noks masa dia cakap macam tu. Tapi aku jawab relaks la...sebab memang betui pun. Salah aku. Terlalu baik sangat. Tapi dalam hati u olls

    "Wah...Kak Tina ada hati nak sekolahkan mak!! Kak Tina sedar tak....duit dia belanja u olls tu adalah duit hasil rembesan air p#p#t aku!!??!!"

    Sabar jer la k.....

    U cuba la buat macam-macam. Kalau u mintak kat dia, dia tak jawab. Try mintak melalui wakil-wakil tertentu seperti kawan rapat beliau atau family beliau. Kalau dia mendiamkan diri dan tak mau bagi barang tu. Takpala...u olls HALALKAN jer.

    Harta kita hari ini adalah HAK ALLAH. Bukan kita punya. Kalau dia amik tak bagi balik, anggaplah ini bukan rezeki kita. Mana tau..esok-esok dia tungu nak bagi kita lagi SEMPOI punya harga!!
  16. JANGAN CARIK REBOUND!! Uolls tau tak REBOUND tu apa?? Rebound is a period of time following a particularly painful break-up. Wah...verver cakap orang putih ni aku. Rebound dalam bahasa Melayu adalah BF/GF baru u carik semata-mata untuk ganti tempat X you tu!! U jangan kata gila......memang ada!! Ramai yang suka buat macam tu bila kecewa.

    I olls pun buat macam tu u olls. Tapi i olls takdak lah sampai kuar dating dengan mamat tu...cuma i olls macam duk paksa dia jadi Encik Duda!!

    Kisahnya, u olls tau tak? Aku dan Encik Duda tak pernah terpisah dengan melalui HP kecuali pada hari-hari kerja outstation. Kami selalu sejam sekali call. SMS adalah diwajibkan untuk setiap pergerakan, perlakuan dan pekerjaan yang kami buat. Bak kata orang...antar report la u olls!

    Bangun tido, mandi, pergi kerja, kuar umah, makan, balik rumah, makan, mandi, tengok tv, kuar jalan-jalan, main internet, mekap, berak, semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dilaporkan tanpa gagal dari semasa ke semasa!

    Tu pun, Encik Duda sempat bermain p#p#t dengan orang lain kan? Anjing betui!!!


    Apa ni......berletiak lagi ka Kak Janz? Cuba control sikit......jangan duk marah sangat. Nanti Tuhan marah. Jaga sikit ayat Kak Janz tu. Sebab bukan kita ja baca blog ni...ramai yang baca blog ni. Kak Tina pun baca gakskan??!! KELAS KAK MARIA!!

    Okay...berbalik kepada citer REBOUND tu. Aku ringkaskan di sini. Tolonglah, JANGAN carik REBOUND. Kalau u olls jumpa dengan lelaki yang baik takpala. Tapi kalau u olls jumpa dengan lelaki jahat yang berniat jahat kepada u olls. Silap-silap tergadai body ok!!

    Nasib baik mak diketemukan dengan Abang Kudus!! Siries u olls.....Abang Kudus. Walaupun aku tak pernah jumpa dengan dia. Tapi dia banyak tolong aku jugak untuk menyedarkan diri sendiri untuk kembali ke alam fana ini. Kalau tak...duk nganga dalam alam fantasi bersama Zaza yang dah mati.

    Nanti aku kenalkan ampa dengan Abang Kudus k? I pomis....
  17. TOLONG jangan hadirkan diri ke kenduri kawen, kenduri tunang atau apa-apa sahaja majlis yang melibatkan perkahwinan ok!! Siries babe......aku ni kak andam. Nasib baik aku cerai time bulan puasa kan. Dah lepas 3 minggu janda baru ada make up pengantin dan buat meja pengantin kan. Kalau tak......tak kena kes naya untuk pengantin tu!! Cuma pengalaman paling ngeri yang aku lalui ialah, aku dan Taq and Cakcing keluar pergi beli barang untuk buat meja pengantin dan buat hantaran hanya 4 hari selepas aku bercerai!!


    U olls......mula-mula aku ok ni. Excited sangat. Tapi lepas 15 minit aku dalam kedai AtuZ kat Seberang Jaya tu. Tengok couple-couple duk shopping sama-sama beli barang kahwin. Hati aku dah mula merobek u olls. Aku sentap. Otak aku macam kena PAUSE. Tiba-tiba benda tu tak buleh nak function.

    Sian kat Taq and Cakcing. Aku last sekali......lari p duk kat belakang kedai. Kat celah-celah pokok. Tarik kerusi and duduk macam orang bodo. Pastu aku SMS kat Cakcing, "Wehs...hang carik lah barang. Aku tak dak mood. Nanti dah abih semua. Aku bayak!"
  18. JANGAN MAKI ATAU MARAH gf baru duda u olls. Siries babe. Kalau depa SMS u olls. Senang jangan jawab apa-apa ok!! Kalau u olls nak jawab jugak, jawab baik-baik. Jangan sekali kali u olls maki dan mengherdik mereka. Kalau u olls bagi dorang marah...nanti percayalah...apa yang dorang cakap. Lagi u olls marah.....Sebab kot mana pun...sekarang dia dah menang laki u olls!!! Kan? So biarlah dia rakus memakan bekas saki baki kepunyaan u olls dulu.


    DAN JANGAN PULAK U OLLS YANG CONTACT AND CARIK DORANG! OK....kita ni ratu. Golongan bangsawan. Perlukah kita yang contact dorang. Kalau kita nak carik dorang pun. Just untuk benda penting. Tanya sekali cukup. Then enaf. Jangan kacau -kacau dorang lagi. Jangan jadi anjing duk carik dorang. Nanti kita jadi sebahagian hidup dorang pulaks. Tak buleh!! Live kita kena teruskan!!
  19. U olls jangan lupa berdoa dan mintak ampun dan banyak-banyak mengaji. Bila hati tengah panas. Sedih. Rasa nak marah. Mengapa semua ni jadi macam ni kat u olls...baik u olls kembali pada Nya dan duduk diam-diam jab. Kita ni selalunya cuba macam-macam nak carik jawapan. Tapi hasilnya masih mengecewakan. Jangan give up untuk berdoa dengan Allah.

    Muka suci aku terus jadi macam Dato Siti bila ngaji ok....

    I bagi satu kesimpulan untuk u olls la. Supaya mudah faham. Kalau boleh, banyak mintak rujukan dengan alim ulama dan ustaz yang pandai dalam perihal ni. Mungkin depa boleh cadangkan hang baca dan amal beberapa potong ayat dalam Al Quran yang boleh hang amal untuk tenangkan hati kita. Atau dia buat ayak doa untuk hang pulihkan semangat untuk bekerja.

    Ilmu Allah tu besar....jangan pandang enteng dengan hal macam ni k!!

    Kalau u olls ada masalah. U olls dah buat macam-macam tapi takdak jumpa sebarang penjelasan dan jawapan. So u olls amik semua masalah tu, letak dalam beg LV. Simpan elok-elok. Tapi kalau takdak beg LV pun....beg plastik TESCO pun takpa. Sebab Allah tidak pernah memilih. Selagi kita nak mintak tolong dia..selagi tu dia tolong ok!! Antak semua masalah yang u bungkuih tadi kat dia.

    Biak dia yang setelkan.... OK?

    Walaupun u olls rasa u olls tak layak untuk mintak pertolongan dan berdoa. Tapi Allah bukanya judgemental macam tu. Selagi ang mintak tolong ikhlas. Dia pasti akan tolong. Bukan macam sesetengah tempat....nak menolong pun kena pilih bulu.
  20. Pakai baju lawa hari-hari. Walaupun u olls hanya nak kuar untuk membeli roti kat mamak tepi jalan. Cuba pakai baju and tshirt yang sesuai dan matching warnanya. Pakai mekap sikit...blusher and celak ka. Selalu pakai kasut tinggi. Pakai baju yang nampak bentuk body sikit...bagi nampak seksi sikit!! Apa sebabnya?? Sebab .......bila u olls melawa...pasti orang puji...bila orang puji!!

    U olls pun rasa kembang la............takkan nak tunggu JANTANS tu ja yang nak puji u olls. Tolong lah!!
  21. Forgive but forget. Cewah...aku pandai ja cakapkan? Maafkan dan lupakan. U olls. Aku dah betui maafkan semua yang terlibat dalam kes kes ini. Tapi aku tak dapat lupakannya. Bukan kata aku dendam....bukan. Kalau aku dendam....banyak lagi benda kotor aku dah buat untuk musnahkan hidup Encik Duda. Tapi.....tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pulak bekas boifren kan yang berlaku curang kan?? Tapi yang penting...u olls maafkan dia. Semua kesalahan dia. Tak perlu cakap kat dia pun takpa. Sebab dia bukan nak cakap dengan u olls pun kan. U olls just niat dalam hati kerana Allah Taala. Ingat, kita tak layak untuk menghukumkan manusia lain. Tu semua kerja Allah.
  22. Buat LIFE PLANNING and mulakan hidup baru ini dengan penuh semangat. Itulah yang i olls buat sekarang. Aku tak mau pikir pasal boifren baru apatah lagi melangsungkan perkahwinan. Hati i olls ni dah kosong sangat. Tenang sangat. Mungkin ada ramai kawan. Biasalah...aku kan seorang yang HOT!! Tapi takder yang siries. Aku pun cakap terang-terang, "Tak kisah u nak panggil i sayang. Tapi i cakap kat u...i tak suka feeling-feeling ni k!"

    Sekarang pun dah nak hujung tahun, tahun depan aku nak simpan duit and melancong!! Nak enjoy gi macam-macam tempat! Then aku nak plan beli rumah the following year. Bila dah ada rumah...aku verver nak convert satu bilik kat rumah aku tu jadi MAKE UP STUDIO aku sendiri. Wah.....senanglah nanti nak organize make up class atau customer nak datang baut make up trial.

    Kalau pengantin nak datang bersiap kat studio aku pun boleh. Ikutlah mana yang selesa.....wah....verver ni....

    Bila rumah dah ada. Kereta pun dah tukar besar sikit. Dah penat berjalan satu dunia. Aku nak amik anak angkat. Kalau boleh nak amik anak lelaki. Nanti dah besar, dia boleh bawak balik menantu dan jaga aku. Kalau amik anak perempuan.....nanti dia dah kawen. Dia tinggal aku.

    Aku nak jaga anak aku...baik-baik. Didik dia penuh kasih sayang. Dan yang paling penting, aku nak ajar dia satu LESSON yang paling penting sekali...."HORMATILAH SETIAP PEREMPUAN DI DUNIA INI SEPERTI ABANG HORMATI MAMA," wah....dah verver berdialog dengan anak sendiri ni.

Sekian sahaja untuk hari ini!! Semoga segala tips ini membawa iktibar dan panduan untuk anda semuja di luar sana. Jangan duk sedih-sedih sangat. Jangan simpan dalam hati sorang-sorang. Kongsi dengan orang lain. Mungkin melalui itu kita temui jalan keluar. Jangan hanya berdoa...tapi akal dan hati u masih lagi tak berubah!! Hang sendiri yang bodo...pastu cakap Allah tak tolong hang kan?

Yang baik itu datang dariNya...yang buruk ini datang dari Jumie Samsudin.

Sekian, im out.

ps/ Nanti lagi 10 tahun ke....sapa jer kawan-kawan aku yang beranak banyak macam kilang biskut. Ampa kesian kat aku kalau...bagi la sorang baby ampa kat aku. K?

16 comments:

  1. tu dia hang.terkena batang idung aku nih. apepan byk y aku bley ambik dr apa yang hang tulis. anyway, thanx jumie!

    ReplyDelete
  2. u olls...bukan senang nak tulis ni semua....tambah tambah part yang nak confess kesalahan sendiri. tapi tak pa...semua ni pembelajaran dalam kehidupan!!

    ReplyDelete
  3. Panjang lebar hang tulih na..

    Apepun.. yang baik jadikan panduan..

    buang yang keroh ambil yag jernih..

    ReplyDelete
  4. hah! aku kenal sangat dengan beruk kat gambaq paling atas. kak syima pun kenal sebab selalu bergaduh2 dengan mereka.

    wahahaha~~!!! lokasi pun seperti telah ku duga di mana...

    okeh. akan aku amik tips2 ni wat rujukan di masa hadapan setelah aku betul2 cukup umo untuk bercinta...

    *aku under age lagi ape*

    ReplyDelete
  5. aku tak suka no.8. ex2 aku pun asik suh aku diet je. dorang tu tinggal rangka bergerak sikit pun aku tak komplen suh makan protein lebih sikit bagi nampak berisi.

    gemok la comey. len kali aku nak beli buku GIM (Gemuk Itu Menarik) seperti yang ada dalam blog kak syima dulu.

    ReplyDelete
  6. jumie bagus la hang dh pulih..nnt hang dtg kl...dok umah kita menari twist ek..wahahaha..mlm pesta muda mudi..pastu kita karauke..g mandi manda sungai..kita hepy2 jaa...utk kedatangan hang nie..habis satu rumah aku beli baru khas menyambut kedatangan makhayam... wahahaha..sembah makhayam...

    lagi satu..aku minta maaf la..pesal masa tarikh keramat tue..aku dok propa kata mcm2...x sangka akan jadi btol kt hang..aku pon tumpang sedih nooo....

    ReplyDelete
  7. u olls....haruslah....jangan pikir apa apa pun now...kita pikir positive ja....aku happy dengan life aku sekarang...i wonder kalau semua ni tak berlaku...mesti aku tak sehappy ni!!!

    ReplyDelete
  8. salam singgah .. bagus juga cara you ni berkongsi/menyampaikan ... dalam sedih ada lawak, dalam lawak ada pengajaran!!

    semoga dlm rahmat dan hidayah Allah swt sentiasa.

    ReplyDelete
  9. 1st time i ols baca, terkesima sat...pastu x puas ati, i ols baca lg skali..terkedu u ols..nakyam sgt bangga dgn makyam..*smbil pasang lagu i'm survivor*..
    bkn senang nk go through smua tu..tp nakyam tau makyam ni selebriti berjiwa stainless steel..bknnya berjiwa ceramic vantage..berkat semangat yg besaq dan peha yg maha besaq, nakyam yakin makyam la yg akan menang anugerah janda paling hot 2009/2010..

    ReplyDelete
  10. ermm best3..
    byk tips berguna yg blh dijdkn sbg pnduan dlm hidop ni..
    heheheh..
    thnx kak jumie..
    kamu mmg kuat,tabah dan sgala mcm la..
    :D

    ReplyDelete
  11. do visit it... may be some of my past post can help you too... since aku pon dh ada pglaman

    http://araput.blogspot.com/2008/10/my-heart-doesnt-lie.html

    http://araput.blogspot.com/2008/12/jika-sakit-hati.html

    good luck my dear 'big' sis

    ReplyDelete
  12. haihh..byk betul bahasa baru aku belajar kat blog hang ni.. ;p

    ReplyDelete
  13. Kalau kehilangan orang tersayang sebab meniggal apa nak buat plak?yang ada cuma kenangan penyambung kasih

    ReplyDelete
  14. My EX still sms and dok panggil "ayang"..kunun2 la nk berbaik2 smula....sowryy!! dah la minyak wangi i dia x bagi balik..dok mintak banyak kali dah, tp mcam2 ALASAN!! X malu betoi...mnyak wangi pmpuan pn nk guna ka??

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com